Sabtu, November 03, 2012


Ini bukan Semut yang cakap. Tapi pembaca - pembaca Sinar Harian sendiri yang luahkan pandangan tersebut melalui pungutan suara yang dibuat.

Tapi, Si Hadi Awang ni tak boleh nak salahkan rakyat semata - mata. Semuanya salah dia sendiri jugak. Siapa suruh dia cakap tak serupa bikin.

Kalau sebelum ni, Si Hadi Awang ni kata dia dah tak nak bertanding dalam Pilihan Raya akan datang. Tapi akhirnya dia tukar pendapat pulak.

KONONnya, kata Si Hadi Awang ni, keputusan dia tarik balik kenyataan untuk tidak bertanding tu adalah disebabkan permintaan rakyat.

Walhal, orang bukan tak tau. Dia memang setakat cakap kosong je. Taktik dia tu hanya nak menarik simpati dari kalangan ahli - ahli PAS serta rakyat secara keseluruhan.

Jadi, tak salah la kalau rakyat masih beranggapan yang dia hanya 'main wayang' je kata nak bertanding di Parlimen Pekan ni walaupun dia sendiri tau yang dia akan kalah!!! Ibarat nak bunuh diri la. Tapi biar la kalah dengan bermaruah!!! Tak gitu?
SHAH ALAM - Kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan mencetuskan satu polemik baru dalam arena politik negara mutakhir ini – mengundang pelbagai reaksi – antara lain kata “pemanas suhu politik” dan “mainan politik.”


Abdul Hadi mengejutkan banyak pihak apabila menyatakan beliau sedia untuk dicalonkan sebagai lawan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional bagi merebut kerusi Parlimen Pekan yang disandang pemimpin nombor satu negara itu sejak 1976 pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Pelbagai pihak mula memberikan reaksi balas berhubung kenyataan Abdul Hadi itu.

Di pihak pembangkang, ada yang menyambut baik namun mengesahkan perkara itu belum dibincangkan di peringkat Pusat.

Sementara bagi pimpinan Umno-BN, mereka merasakan kenyataan Abdul Hadi hanya mainan politik pemimpin Pas itu dan jika benar, beliau hanya menjerat lehernya sendiri untuk bertanding di kawasan kubu kuat Umno-Barisan Nasional itu.

Sinar Harian Online sejak pagi ini meminta pandangan pembaca yang singgah ke portal kami untuk memberikan pendapat mereka berhubung kesediaan mantan Menteri Besar Terengganu itu mencabar Najib di Pekan.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping