Selasa, November 20, 2012


Fuh!!! Memang hebat la siapa yang berani sailang Si Ronnie Liu ni secara terang - terang. Siap cabar dia suruh letak jawatan pulak tu.

Dan yang lebih mengejutkan, orang yang sailang dia adalah dari kalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri. Dia diasak oleh Si Manohairan tu.

Hahaha!!! Jangan terpengaruh sangat dengan diorang ni brader. Ini semua wayang je nak pancing undi dari kalangan rakyat. Semua orang pun dah tau taktik diorang ni.

Taktik tu nak menunjukkan yang kononnya ada dikalangan diorang tu yang ambik berat pasal isu pembinaan kondo dekat Batu Caves.

Tu semua setakat nak tunjuk la kat rakyat yang kononnya ada pemimpin diorang pun turut ambik berat tentang isu tu. Bukannya setakat pemimpin BN je.

Setakat berani tunding jari dalam sidang Dewan je buat apa. Kalau berani, buat la bantahan secara besar - besaran kat luar. Takkan tu pun diorang tak mampu kot. Setakat cakap je apa guna Manohairan oi!!! Bila suruh kang, mula la tak reti pulak!!! Macam sial!!!
SHAH ALAM: Anggota Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu Thian Kiew hari ini dicabar supaya meletak jawatan sekiranya tidak dapat menangani isu projek kondominium berdekatan Batu Caves yang mendapat bantahan keras daripada pelbagai pihak.
 
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah M. Manoharan berkata projek pembinaan kondominium 29 tingkat itu yang dirancang dibina berhampiran Bukit Batu Kapur, dilihat menjejaskan kawasan dan penduduk di sekitarnya.
 
"Adakah Yang Berhormat Pandamaran bersedia meletak jawatan sekiranya projek kondominium ini tidak dapat dibatalkan kerana ia dilihat mengancam agama Hindu dan struktur kuil Batu Caves berumur 100 tahun," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Ronnie Liu (DAP-Pandamaran) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini.
 
Ronnie Liu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri berkata isu letak jawatan tidak timbul sebab kerajaan negeri telah pun mengeluarkan arahan untuk memberhentikan sementara projek pembinaan itu dan satu jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi mengkaji kelulusan projek.
 
Katanya kajian awal pihaknya mendapati pemaju projek kondominium itu tidak mematuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan dalam kelulusan pembangunan dan kerajaan negeri mempunyai hak memberhenti ataupun membatalkan projek itu tetapi perlu dibuat secara profesional.
 
Ronnie Liu berkata projek kondominium itu mendapat permit penjualan pengiklanan dan sebanyak 60 peratus daripada sejumlah 400 unit rumah telah dijual.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping