Demkian ayat yang diluahkan oleh seorang wakil rakyat yang sering mendabik dada kononnya dia memperjuangkan hak rakyat.
Tapi dalam isu ni, nampak gayanya Si Khalid Gereja tu sedikit pun tak peduli dengan Hak ahli - ahli PAS yang bersuara untuk memilih Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.
Dengan dimaksudkan 'Semua Pihak' maka kenyataan tersebut bukan sahaja ditujukan kepada ahli PAS sahaja. Tetapi sebaliknya, seluruh rakyat Malaysia.
Maknanya, Si Khalid Gereja ni secara terang - terangan telah melacurkan perjuangan untuk menuntut Hak Kebebasan Bersuara dikalangan rakyat.
Mungkin Si Khalid Gereja ni lupa. Hak memilih tu terletak ditangan rakyat. Jadi, bagaimana mungkin rakyat tidak ada hak untuk masuk campur apatah lagi untuk menyibuk?
Maka lepas ni, jangan pulak dia marah apabila rakyat mula menolak kepimpinan Pakatan Pembangkang tu sebab diorang tak de hak pun untuk ambik tau.
Bila dah kena pinggir macam Kera Sumbang nanti, jangan pulak dia nak salahkan orang lain sedangkan semua ni salah dia sendiri.
Yang lagi pelik ialah apabila dia kata mereka sedia menerima apa sahaja peranan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Habis, yang dia meroyan tak tentu arah ni apa pasal?
Dia tak boleh terima ketetapan bahawa dia tu hanya setakat mampu jadi pembangkang. Itu pasal la dia suka salahkan orang itu dan ini. Nampak sangat yang dia sendiri pun turut menolak ketetapan tersebut. Setakat cakap je, apa guna!!! Buat mengabihkan masa je!!!
SHAH ALAM : Semua pihak termasuk dalam PAS tidak perlu "sibuk" mengenai siapa bakal menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad.Berucap di ceramah ‘Jelajah Merdeka Rakyat’ peringkat Batu Tiga, di Shah Alam, malam tadi, Khalid mendakwa partinya bersedia menerima sesiapa sahaja daripada pembangkang sebagai Perdana Menteri.Dewan Ulama dan Muslimat PAS sebelum ini mendesak presiden parti Datuk Abdul Hadi Awang dan bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan jawatan itu sekiranya PAS menang kerusi paling banyak pda PRU 13.“Jangan sibuklah tentang persoalan ini. Yang akan ditentukan, siapa yang jadi Perdana Menteri adalah Pakatan Rakyat..bukan mana-mana satu parti dengan sendirinya,” kata Khalid.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.