Haah! Memang la takut sangat ni. Tengah ketar Kepala Lutut. Semuanya seram sejuk belaka bila dengar diorang baca doa tu. Berderau darah dibuatnya.
Memang orang UMNO takut bila dengar cerita pasal isu doa puak - puak Parti Angguk Saja ni. Tapi bukan la takut doa tu dimakbulkan.
Sebaliknya takut melihat tahap pemikiran jumud puak - puak Parti Angguk Saja tu. Takut Islam dilabelkan sebagai ekstremis oleh orang luar.
Mana tidaknya. Agama lain pun tak pernah buat benda yang mengarut macam tu. Macam mana pulak Islam sendiri tergamak untuk melakukannya?
Kalau diikutkan, sepatutnya Islam ni merupakan agama yang saling memaafkan diantara satu dengan yang lain. Tapi, ini lain pulak ceritanya.
Jadi, jika ditanya adakah UMNO takut bila isu pasal doa PAS tu dibangkitkan, jawapannya memang ye. UMNO takut Islam disalah ertikan oleh orang Bukan Islam.
Dan memang itulah persepsi yang telah berjaya dibangkitkan oleh puak - puak PAS tu sebenarnya. Diorang sendiri yang dah menjatuhkan martabat Islam. Bukannya orang lain.
Dan yang paling pasti, UMNO sama sekali tidak akan melakukan perkara yang sama sebab UMNO berfikir menggunakan Kepala Otak. Bukan macam diorang. Suka sangat berfikir guna Kepala Lutut. Itu pasal la diorang buat kerja yang bukan - bukan!!!
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan menghangatkan isu doa 'KO Umno-BN' menandakan Umno kini berada dalam keadaan ketakutan."Namun oleh kerana Umno semakin rapuh, menyebabkan doa pun ditakuti. Sepatutnya kalau Umno rasa tak betul (doa itu), mereka doalah pula (yang lain)," kata beliau sambil menambah, "semua kita faham doa tersebut bukanlah untuk menghancur atau melaknat manusia."Isu doa yang dibaca oleh oleh Nik Razi Nik Mat, adik kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada Himpunan Kebangktan Rakyat pada Jumaat lalu, kata Tuan Ibrahim, tidak perlu dipertikai oleh mana-mana pihak.Ini kerana katanya, doa untuk parti lawan kalah dan dimusnahkan adalah perkara normal dalam mana-mana perlawanan. Bahkan, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, tiada pihak boleh menyekat seseorang untuk berdoa demikian.“Apa yang penting, kalau Umno rasa tertekan dengan doa demikian, Umno boleh berdoa agar parti lawannya musnah atau kalah."Kita yakin Umno juga melakukan demikian. Adakah sesuatu yang pelik untuk berdoa agar parti lawan musnah dan hancur? Adalah aneh untuk menyatakan ianya salah atau bercanggah dengan Islam,” kata beliau.
doa adalah senjata mukmin...berdoalah selalu..
BalasPadamDoa spy Umno dan Pas bersatu...sbb mrk org islam...KO DAP
BalasPadamxpernah aq dga org boleh doakn keburukan dan kecelakaan kpd org lain....nie boleh pengaruh pd dak2 kecik yg baru nk blja agama...sesuatu yg xsihat utk dak2 kacik...
BalasPadam