Jumaat, November 23, 2012

Heran jugak bila kita baca semula kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Ronnie Liu ni. Dia kata percambahan rumah urut di Selangor tu memang benar.

Tetapi, kata dia, untuk mengekang percambahan tempat - tempat sedemikian yang diibaratkan sebagai cendawan tumbuh lepas hujan tu sebab tak cukup penguatkuasaan.

Hah! Apa pasal pulak tak cukup? Kan puak - puak Parti Angguk Saja tu ada? Apa yang diorang buat? Kenapa diorang tak bantu dalam menangani masalah ni?

Bukan ke perjuangan puak - puak Parti Angguk Saja tu ialah untuk menegakkan Islam. Jadi, kenapa pulak diorang tak nak buat jariah dalam menangani perkara ni?

Kalau masa 'Occupy Dataran' dulu, diorang boleh pulak hantar budak - budak Unit Amal tu jadi 'Jaga' dikawasan perkhemahan tersebut.

Jadi, kenapa diorang tak kerahkan semua anggota Unit Amal tu agar buat benda yang sama dalam isu berkaitan dengan rumah urut ni? Takkan la diorang sedap nak goyang kaki je.

Apa fungsinya Unit Amal tu sebenarnya? Hanya akan digerakkan bila ada kepentingan Politik? Kalau berkaitan dengan akidah, mencegah maksiat, macam mana pulak?

Kalau kita tengok alasan puak - puak PAS tu bagi sebelum ni pun, diorang tuduh pulak pihak Polis tak membantu untuk menangani masalah tersebut. 

Pulak dah. Kenapa pulak diorang nak disalahkan pihak Polis sedangkan diorang sendiri pun tak buat apa - apa? Setakat tau nak tuduh orang je ke?

Kalau tujuan PAS tubuhkan Unit Amal tu semata - mata untuk jadi benteng sewaktu demonstrasi dan dijadikan keldai untuk ditunggang DAPigs, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
SHAH ALAM: Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad menyangkal tuduhan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman kononnya polis tidak bekerjasama dalam penguatkuasaan rumah urut di Kuala Selangor.

Beliau berkata dakwaan tersebut tidak munasabah kerana sepanjang tahun ini sebanyak 14 kali serbuan dan penguatkuasaan dijalankan atas inisiatif pihak polis sendiri.

“Kami jalankan siasatan secara bersendirian sebanyak 14 kali di rumah urut yang terdapat di kawasan ini. Namun demikian tiada tangkapan dibuat kerana kesemua premis mempunyai lesen dan pekerja memiliki dokumen permit kerja yang sah,” katanya ketika dihubungi Antarapos.com.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Bukan di negeri selangor/negeri diperintah oleh PR...Malah negeri-negeri yg bukan diperintah oleh kerajaan PR mempunyai banyak pengusaha-pengusaha rumah urut....Malah kekadang itu lebih dr itu pun mungkin ada....Maka jangan lah menganggap satu pihak sahaja..Boleh dikatakan merata-rata tempat terdapat perniagaan ini...
    Mengapa Jabatan Agama/PBT di negeri-negeri yg bukan diperintah oleh kerajaan PR tidak bertindak menangani perniagaan tersebut...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping