PETALING JAYA 17 Dis. - Gara-gara menunjukkan aksi lagak ngeri dengan menunggang motosikal ala Superman, enam mat rempit dikenakan hukuman denda oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Mohd. Hezri Shaharin menjatuhkan hukuman denda RM600 ke atas mekanik, Mohamad Fakrul Akimie Alia, 19, dan RM500 terhadap lima lagi remaja bawah umur yang lain selepas mereka mengaku bersalah melakukan kesalahan itu.
Mahkamah juga memerintahkan mereka dipenjara lima hari sekiranya gagal membayar denda.
Kesemua mereka yang tidak diwakili peguam dituduh menunggang motosikal jenis Honda EX5 secara bahaya, gopoh dan melulu dengan melakukan aksi zig-zag ala Superman yang boleh membawa bencana kepada orang lain.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Lebuh raya Besraya di Kilometer 0.8 dari arah Putrajaya, di sini kira-kira pukul 4.16 pagi, 8 Disember lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, Ching Kian Chun mengemukakan pendakwaan itu mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Mohamad Fakrul ketika membuat rayuan memberitahu mahkamah, dia telah insaf dan berjanji tidak akan melakukan perbuatan yang sama.
Ps: Yang Superman kat dalam gambar atas tu, bila pulak nak kena saman? Ke dia pun sama jugak macam Mak Lampir Zuraidah tu?
Kumpul saman banyak - banyak, lepas tu peram kat rumah. Tapi, bila keluar dok kecam orang tak ikut undang - undang. Menda kejadahnya.
Tinggal lagi Superman Tua kat dalam gambar atas tu memang konfirm tak kena saman beb. Sebab dia lesen pun tak ada.
Macam mana dia nak ada lesen sedangkan SRP pun dia tak lulus? Jadi, macam mana dia nak lulus periksa bawak kereta!!!
Hari ni, mungkin dia boleh senyum la bila AES dibekukan sementara. Tapi dia kena ingat. Tu semua sebab keprihatinan Kerajaan jugak tau.
Kalau nak harapkan Kerajaan diorang ada sifat prihatin macam tu, mimpi je la. Nak bagi bantuan pun main pilih bulu. Nak jaga Kebajikan apa kejadahnya!!!
Sapa kata DAP rasis adalah rasis Di Tendang Terajang
BalasPadam