Rabu, Disember 19, 2012


Saya bukan nak cari gaduh dengan dia, saya cuma nak keadilan bagi artis tempatan. Senang-senang dia masuk sini berlakon, sedangkan pada pasport dia dicop lawatan tetapi berlakon (bekerja).

Ada yang berpendapat Zed sengaja mencari publisiti tentang isu permit artis luar bekerja di sini? Dari Aaron Aziz, Randy Pangalila dan kini Julia Perez.

Biarlah orang nak kata apa. Saya buat demi masa depan industri hiburan tanah air dan juga untuk generasi akan datang. Apa yang saya lakukan itu semua berdasarkan akta undang-undang, garis panduan syarat artis luar yang bekerja di Malaysia. 

Selaku Presiden Seniman adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membela nasib artis tempatan.

Bila sudah timbul isu Julia Perez mengutuk drama kita, barulah orang buka mata dengan tindakan saya. Dia sudahlah datang berlakon (bekerja) di negara kita, lepas tu kutuk pula drama kita, bukankah kurang ajar namanya.

Yang buat saya hairan macam mana artis yang terkenal dengan aksi panas malah pernah berlakon filem porno itu boleh lepas berlakon di sini sedangkan dia tidak memenuhi syarat.

Jadi apa tindakan Zed seterusnya?

Saya hanya boleh bersuara tentang isu yang berkaitan dengan kerjaya artis, apalagi yang bekerja tanpa permit.

Saya juga telah mendapat pengesahan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), yang pihak mereka ada menerima permohonan daripada produksi berkenaan untuk mohon permit penggambaran filem Sumpahan Malam Pertama, arahan Murali Abdullah.

Bagaimanapun dalam permohonan produksi tersebut tidak disenaraikan borang pekerja filem asing (PFA), yang ada cuma senarai nama artis Malaysia yang berlakon dalam filem tersebut.

Mengikut syarat, setiap produksi yang menggunakan khidmat pelakon luar perlu mengisi borang PFA. Jika permohonan itu tidak ada, maka kemasukan pelakon luar dalam penerbitan filem itu dikira tidak sah.

Untuk berlakon dalam mana-mana filem atau drama tempatan, artis berkenaan sekurang-kurangnya perlu menjadi salah satu ahli kepada tiga persatuan, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) dan Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PPFM)
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping