Kalau selama ini, mereka bersuara, tak de siapa yang nak dengar. Malah, bila Semut masukkan cerita mereka dalam blog, semua orang kata tipu.
Komen - komen yang diberikan oleh puak - puak Pakatan mengenai kisah mereka hanya negatif. Semuanya anggap apa yang ditulis satu penipuan belaka.
Sedar lah bahawa apa yang ditulis tu sebenarnya luahan hati mereka yang kecewa. Mereka sokong bagai nak mati. Tapi, bila mereka bersuara, tak de siapa yang nak dengar.
Semut hanya menjadi medium untuk menulis mengenai apa yang mereka luahkan. Sebab Semut percaya, tak semua pengikut - pengikut PAS tegar terhadap parti tersebut.
Jauh disudut hati mereka, masih ada yang terbuku dihati. Nak diluah pun, hanya ibarat macam katak didalam longkang. Orang buat endah tak endah je.
Itulah perjuangan orang kecil, kata mereka. Apa yang nak dibuat hanya untuk membetulkan kesilapan yang kita lihat dari luar kotak. Tapi, ada orang kisah?
Bila nak mengundi, baru la suruh mereka buat kerja. Baru la sibuk nak ingatkan pasal Bai'ah yang telah dibuat. Itu untuk ahli, bukan untuk mereka yang menyokong atas pagar.
Bila ada program, nak kumpul orang ramai - ramai, suruh mereka buat kerja. Suruh mereka jalan kaki 300km. Tapi yang pemimpin? Naik kereta sampai KL.
Itu semua diorang tak kisah beb. Tapi bila diorang bersuara, kenapa tak de yang nak dengar? Kenapa tak de orang yang ambik peduli? Itu persoalan mereka.
Peringatan! Artikel ni bukan hanya sekadar luahan penyokong - penyokong PAS tu sahaja ye. Ianya juga peringatan buat orang lain jugak. Harap - harap diorang sedar diri.
Jangan pulak tersalah tafsir. Sama macam penyokong - penyokong PAS tu jugak. Teguran ni diberikan untuk membetulkan kesilapan yang berlaku dari sudut kami diluar kotak.
Memang mereka tak kisah kalau suara mereka diibarat Katak Dalam Longkang. Tapi nanti, bila tiba masanya, jangan pulak ada pihak yang menyesal. Masa tu, nak salahkan orang lain tak berguna dah sebab semua ni salah diorang sendiri!!!
Ps: Beringat la sebelum kena. Sapa yang faham, faham la ye...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.