Alamak ai!!! Takkan la dia setakat berani menafikan perkara tu macam tu je. Dia ingat, dengan cara tu rakyat nak percaya cakap dia ke?
Jangan la ikut sangat cara Si Ketua Penipu tu. Cari la cara lain nak meyakinkan rakyat ni. Setakat nafi kosong macam tu je, baik tak payah!!! Mengabihkan masa je.
Ambik la tindakan. Jangan setakat tau cakap je. Kalau setakat bercakap je, budak sekolah tadika pun boleh buat. Andai kata betul la dia tak bersalah, saman la orang yang buat pendedahan tu!!!
SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee menafikan beliau menerima secara peribadi tiket konsert anjuran Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan (Thean Hou Temple) bernilai RM13,500 daripada bekas ahli DAP, Tan Kim Swee.Walau bagaimanapun katanya, tiket yang diberikan oleh Tan itu diterima pejabatnya dan telah diberikan kepada persatuan lain."Saya kata saya tidak akan beri apa-apa duit, tetapi oleh kerana dia sudah kata dia sudah menempah makanan, kalau orang tidak makan, ini rugi."Jadi pejabat saya menghantar semua tiket-tiket ini ke persatuan-persatuan, kita cakap kita tidak akan bayar, terus terang kita cakap di depan orang ramai, ada ramai saksi, jadi kalau dia hendak seorang saja, kita bagi persatuan, mereka pergi ke konsert itu," katanya ketika dihubungi tadi oleh AntaraPos.Malah Jenice berkali-kali menegaskan beliau tidak menerima tiket berkenaan seperti yang didakwa."Saya tidak ambil tiket itu...saya tidak ambil, tiket itu terus diberikan kepada persatuan, saya tidak pernah ambil," katanya.Tan yang ditemui media pagi tadi berkata, 18 buku tiket konsert anjuran persatuan Cina telah diserahkan kepada Jenice atas kepercayaan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP itu akan membayarnya semula namun tidak diendahkan.Menurut beliau, Jenice sebaliknya memberi alasan bahawa tiket konsert itu diberikan secara percuma.“Saya sudah pergi ke pejabat dia sudah tiga kali saya jumpa dia punya sekretari. Dia (Jenice) cakap tak payah bayar,” katanya.Tan berkata tindakan ADUN Teratai itu menyebabkan beliau terpaksa meminjam duit sebanyak RM13,500 untuk membayar hutang kepada persatuan itu.Justeru satu laporan polis telah dibuat pada 25 September lalu terhadap Jenice.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.