Selasa, Disember 11, 2012



NUSAJAYA: Jabatan Agama Johor akan terus memantau gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negeri itu walaupun tidak menerima sebarang aduan mengenainya sehingga kini.
    
Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Datuk Zainal Abidin Osman berkata Jabatan Agama Johor sentiasa mengikuti perkembangan LGBT menerusi media massa selain turut menjelaskan isu itu melalui khutbah Jumaat di seluruh negeri.
    
"Jabatan Agama Johor merancang mengadakan seminar pendidikan dan penjelasan tentang penyelewengan LGBT kepada masyarakat Islam di negeri ini supaya mereka lebih memahami mengenainya," katanya menjawab soalan Datuk Abdullah Ali (BN-Bukit Naning) pada persidangan dewan undangan negeri,  di sini hari ini.
    
Mengenai fahaman pluralisme dan liberalisme pula, Zainal Abidin berkata Jabatan Agama Johor sukar mengesan penyebaran pengaruh fahaman tersebut melalui pemantauan yang dilakukan.
    
Bagaimanapun pihaknya percaya kemungkinan terdapat segelintir individu yang cenderung kepada fahaman terbabit melalui Facebook, laman sesawang lain mahupun berhubung secara terus dengan negara luar melalui media sosial Skype.
   
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor Datuk Hoo Seong Chang berkata dua lagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan dibuka di Johor bagi memberi manfaat kepada masyarakat.
    
Menjawab soalan Datuk M. Munusamy (BN-Permas), Hoo berkata dua kedai tersebut adalah di Taman Pesona di Kluang dan Pasir Gudang, di sini.
    
"Sehingga kini lapan KR1M sudah dibuka di negeri ini yang membabitkan Taman Bukit Pasir di Muar, Pusat Perniagaan Square dan Kompleks Pekan Rabu di Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian, Taman Maju Jaya di Labis, Endau di Mersing dan Jalan Muafakat di Tangkak," katanya.
    
Menjawab soalan tambahan Ong Kow Meng (DAP-Senai), beliau berkata pembukaan KR1M yang kini berjumlah 85 buah di seluruh negara amat rasional bagi menyediakan kemudahan kepada rakyat dan bukan gimik pilihan raya semata-mata.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping