Pelakon juga pengacara cantik, Neelofa, sekali lagi dihimpit kontroversi berikutan seorang pereka fesyen bernama Nurita Harith yang mendakwa aktres itu bersikap kurang ajar serta tidak profesional.
Memetik kenyataan di portal murai.com.my, pereka fesyen tersebut menulis di laman Twitternya:
"Harap semalam merupakan kerjasama terakhir saya bersama budak perempuan Neelofa. Sangat kurang ajar dan tidak professional".
Difahamkan mereka bekerjasama selepas pereka fesyen itu menyediakan pakaian untuk Lofa yang menjadi pengacara bagi sebuah program wanita di sebuah stesen TV.
Namun, tidak pasti pula apa sebenarnya yang berlaku sebenarnya sehinggakan pereka fesyen itu 'naik angin' dan sanggup meluahkan kata-kata tidak puas hati sebegitu. Jelas, pereka tersebut seperti dia sudah serik untuk bekerja dengan Neelofa.
Apapun, pasti Neelofa juga punya penjelasan tersendiri apa sebenarnya yang terjadi. Mungkin ini hanya salah faham sahaja.
Diharapkan Neelofa dan pereka fesyen itu dapat menyelesaikan hal ini secara baik dan tidak lah berpanjangan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.