Selasa, Disember 18, 2012


Mau terkedu sekejap Si Ketua Penipu tu kalau baca berita kat bawah ni. Sebelum ini, dia bukan main lagi berbangga bila parti LDP kalah dalam Pilihan Raya Jepun.

Selain mengaitkan keadaan itu dengan situasi di Malaysia dan membayangkan itu sebagai 'Ambang Kejatuhan UMNO', dia juga menyatakan bahawa ianya kebangkitan Reformasi.

Dengan cara itu, dia mula menghasut rakyat dan mengajak mereka untuk menukarkan kerajaan sedia ada seperti mana yang berlaku di Jepun.

Namun, berita dibawah ni benar - benar mengecewakan Si Ketua Penipu tu apabila rakyat Jepun sudah sedar dengan kesilapan mereka dan kembali memili LDP sebagai Kerajaan.

Nah!!! Itu membuktikan bahawa yang baru tak sentiasanya bagus dari yang lama. Itu membuktikan tak semua Reformasi ini dapat dilaksanakan dengan baik.

Jadi, untuk apa lagi kita nak percaya kepada puak - puak Pakatan Pembangkang yang ada di Malaysia ni sedangkan jelas diorang tu tak mampu nak laksanakan tugas dan amanah yang diberikan? Buat jahanamkan Negara je kerja diorang!!!
TOKYO - Parti Liberal Demokratik (LDP) kembali berkuasa apabila memenangi pilihan raya Jepun semalam selepas kekalahan mengecewakan tiga tahun lepas.
Kemenangan itu dilihat memberi peluang cerah bagi bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe untuk memperjuangkan agenda keselamatan dan ekonomi.
Parti LDP dijangka melaksanakan pendirian lebih tegas terhadap wilayah pertikaian dengan China, dasar pronuklear dan kemungkinan memperkenalkan dasar kewangan serta perbelanjaan fiskal untuk mengatasi deflasi dan isu mata wang yen yang kukuh.
Keputusan pengiraan undian oleh stesen televisyen menunjukkan LDP memenangi hampir 300 dari 480 kerusi parlimen di Dewan Perwakilan.
Parti sekutunya, New Komeito dijangka memenangi kira-kira 30 kerusi. Ia akan memberikan kedua-kedua parti itu majoriti dua pertiga di parlimen.
Kepimpinan tertinggi LDP dan New Komeito mengesahkan mereka akan membentuk pakatan bersama.
Pengiraan undian menunjukkan Perdana Menteri Yoshihiko Noda yang mewakili Parti Demokratik Jepun (DPJ) memenangi hanya 65 kerusi.
Parti DPJ yang memenangi pilihan raya pada 2009 berjanji memberi lebih tumpuan yang lebih kepada kebajikan pengguna dan mengurangkan birokrasi.
Seorang eksekutif parti DPJ, Kohei Otsuka memberitahu stesen televisyen NHK, Noda dijangka meletak jawatan kerana kekalahan tersebut.
Kebanyakan pengundi berkata, DPJ gagal memenuhi janji-janji pilihan raya.
Kepimpinan Noda dikatakan bergelut untuk mentadbir dengan baik dan gagal mengatasi bencana gempa bumi termasuk tsunami yang berlaku pada Mac tahun lalu serta kerosakan loji tenaga nuklear.
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping