Kalau dulu, kita bercerita pasal seorang awek di Melaka yang sanggup mengejar peragut yang cuba meragut beg tangan dia sehingga peragut tu terhumban dalam longkang.
Itu pun kira nasib baik la awek tu kejar peragut tu sampai peragut tu terhumban masuk longkang. Kalau tidak, tak tau la apa jadi pada mamat tu. (Klik Sini)
Itu menunjukkan yang naluri seorang wanita ni memang lain dari yang lain. Dalam keadaan terdesak, dia sanggup buat apa sahaja untuk menyelamatkan keadaan.
Termasuk la mengamuk dengan parang macam minah kat bawah ni. Jadi, jangan ingat orang pompuan ni lemah. Sekali dia dia mengamuk, takut tak cukup tanah pulak nak lari nanti!!!
TELUK INTAN: Seorang gadis bagai dirasuk apabila naik angin dan bertindak nekad mengejar seorang lelaki yang menyamun neneknya sejauh 100 meter dengan sebilah parang dalam kejadian di sini, malam Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 8 malam di Kampung SC Belt, Labu Kubong, seorang wanita warga emas bersama cucu perempuannya panik apabila seorang lelaki bersenjatakan parang muncul di ruang tamu rumah ketika mereka berdua bersiap menunaikan solat Isyak.
Dalam keadaan kelam-kabut itu, penjenayah terbabit melibaskan parang menyebabkan wanita berkenaan, Che Pah Mat Isa, 74, menerima lapan jahitan di jari.Bagaimanapun, cucu wanita itu, Nurul Shahira Mohd Nawai, 14, yang berang sebaik melihat neneknya tercedera melawan balik penyamun terbabit sebelum mengejar penjenayah itu.
Che Pah berkata, dia bernasib baik apabila diselamatkan cucu perempuannya itu dan bersyukur kerana terselamat selain terhutang budi dengan Nurul Shahira yang menggadai nyawa demi menyelamatkannya.
Si penyamun tu kalau masuk acara larian 100 meter harus boleh dapat gold madle
BalasPadam