Hah!!! Apa pulak yang tak kena dengan diorang ni? Kenapa pulak diorang nak keluar dan meninggalkan Parti Angguk Saja tu? Dah tak mampu nak angguk dah ke?
Ke diorang dah termakan dengan pujuk rayu orang UMNO? Diorang bukan tak tau, UMNO ni kan murtad macam yang Si Nik Aziz cakap tu. Diorang tak takut ke?
Sebenarnya, puak - puak Pakatan Pembangkang tu tak kisah pun kalau anak - anak muda ni nak keluar dari PAS. Lagi pun, diorang bukan peduli sangat pun pasal anak - anak muda tu.
Dulu beria - ia la diorang pujuk, diorang rayu anak - anak muda ni supaya ikut jejak langkah sumbang diorang. Senang diorang nak memperkudakan anak - anak muda tu.
Itu pasal la anak - anak muda tu pun mula rasa muak dan bosan bila mereka sekadar dijadikan alat demi kepentingan Politik orang lain.
Dah la orang tu janji dengan diorang macam - macam, tapi sampai hari ni, satu hapah pun diorang tak buat. Bercakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
KUALA NERANG 5 Dis. - Sekumpulan anak muda adalah antara 16 anggota Pas Kampung Genting Palas dan Bendang Hilir di sini, yang bertindak keluar parti dan menyertai UMNO selePas kecewa dengan hala tuju Pas sekarang.
Mohd Shukri Che Dam, 23, berkata beliau menyertai Pas tiga tahun lePas, namun kecewa selePas mendapati perjuangan parti itu dipengaruhi pemimpin tertentu, bukan kehendak majoriti.
"Mereka (pemimpin pertengahan) takut sangat hendak kritik pemimpin atasan khususnya dalam soal pelaksanaan hukum hudud yang disanggah DAP.
"Kami golongan muda sangat kecewa dengan perkembangan ini dan sebab itu memilih UMNO yang lebih konsisten memperjuangkan Islam untuk meneruskan agenda memartabatkan agama dan bangsa Melayu," katanya yang ditemui ketika menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid, di sini malam tadi.
Bagi Zakiah Arshad, 32, beliau kecewa kerana pemimpin Pas di kawasannya tidak mengendahkan kebajikan anggota, terutama yang memerlukan bantuan.
Beliau yang menyertai UMNO bersama ibunya, Zainab Ahmad, 58, berkata tidak ada seorang pun pemimpin Pas menziarahi bapanya Arshad Husin, 78, yang sedang sakit.
Zakiah juga berkata lima lagi adik beradiknya akan menyusul keluar parti itu dan menyertai UMNO.
Sementara itu, Mahdzir yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pedu, berkata walaupun bilangan anggota Pas yang menyertai UMNO tidak ramai, beliau yakin perkembangan itu mengukuhkan lagi UMNO dan Barisan Nasional khususnya di Padang Terap.
"Saya dapat tahu ramai lagi bakal keluar Pas untuk menyertai kita. Saya mengalu-alukan mereka kerana UMNO tidak sekali-kali menutup pintu atau menghalang sesiapa sahaja yang mahu berjuang bersama-sama kita," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.