Wah!!! Kalau 'Anak - Anak Ikan' yang berhasrat untuk memikat hati Mama Hot ni, dah tentu - tentu diorang akan patah hati.
Tapi, jangan gelojoh sangat. Rileks. Baca dulu apa ceritanya. Jangan cepat sangat melatah. Che Ita kita pun tak suka sangat kalau lelaki cepat melatah ni. Nak pulak yang gelojoh. Lagi la dia 'Reject'!!! Hehehe...
Pelakon Rozita Che Wan aka Cik Ta memang tidak habis-habis dikaitkan dengan gosip bercinta dengan lelaki muda.
Terkini aktres jelita itu dikatakan menjalin hubungan pula dengan pelakon yang semakin dikenali ramai, Shah Iskandar sejak mereka digandingkan dalam satu telefilem.Bercakap kepada akhbar Berita Harian, Cik Ta memberitahu dia dan pelakon kelahiran Singapura itu sebenarnya telah bertunang.
Namun jangan salah sangka kerana apa yang diberitahu Cik Ta itu hanya selorohnya sahaja.
Sebetulnya, Cik Ta menjadi tunang kepada Is hanya dalam telefilem Anak Ikan arahan Rashid Sibir untuk siaran Astro Prima pada 25 Disember ini. Cik Ta berlakon sebagai Idora dan Shah Iskandar sebagai Syed.
Teman rapat Cik Ta iaitu Zain Saidin pun turut berlakon sebagai Kamal yang menjadi ‘anak ikan’ kepada Idora.
Bagaimana pula status hubungan rapat Cik Ta dengan Zain dan Is? Jelas Cik Ta, “Kita orang berkawan baik atas tiket sebagai rakan sesama artis.”
Sementara Shah pula menjelaskan, “Cik Ta hanyalah kawan baik saya. Dia kelakar dan cepat mesra.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.