Menurut laporan Antarapos, semua calon Melayu tewas dalam pemilihan DAP. Mereka adalah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari yang hanya memperolehi 305 undi.
Turut kalah adalah Senator Ariffin S.M. Omar yang mendapat 348 undi. Begitu juga dengan satu-satunya ahli dalam (CEC), Ahmad Ton juga turut tewas kali ini apabila hanya mampu meraih 347 undi.
Calon lain yang tewas ialah Harun Ahmad (28 undi), Solaiman Op Syed Ibrahim (98 undi) Tengku Zulpuri Shah (121 undi) Zulkifli Mohd Nor (215 undi) dan Roseli Abdul Gani (39 undi).
Keputusan kali ini memberi impak kepada ura-ura DAP mahu melebarkan parti itu kepada orang Melayu.
Ketika merasmikan kongres DAP pagi tadi, Guan Eng melahirkan hasrat untuk membangunkan DAP sebagai pilihan orang Melayu yang menurut beliau semakin berminat menyertai parti itu.
Apa yang jelas ialah perwakilan DAP yang rata-rata kaum Cina menolak calon Melayu untuk menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti itu.
Antarapos turut melaporkan Lim Kit Siang turut tekejut dengan keputusan perwakilan menolak semua calon Melayu pada pemilihan parti itu.
“Saya tidak gembira juga dengan keputusan tersebut dan sedikit kecewa sebab (selain) perwakilan Melayu yang tidak menang dan juga ada dari Sabah dan Sarawak yang tidak menang,” kata Kit Siang kepada pemberita.
“Saya rasa kita perlu belajar dan lihat semula keputusan tersebut dan cuba atasinya semula supaya DAP dapat melihat semula perwakilan yang dicalonkan,” katanya.
Kit siang menegaskan keputusan itu bukan bererti sifat perkauman menebal dalam DAP tetapi lebih kepada bilangan calon yang ramai bertanding.
“Ini bukan bermakna DAP anti-Melayu tetapi kerana hanya ada 20 tempat kerusi sahaja dan saya rasa ini adalah satu keputusan yang sakit yang dibuat oleh perwakilan hari ini,” katanya.
Ps: Macam sial je lakonan gampang Si Apek tu ek. Boleh pulak dia 'terkejut' dengan keputusan yang dibuat konon. Walhal, dah memang itu hakikatnya.
Takkan mungkin DAPigs akan terima orang Melayu dalam barisan kepimpinan. Kalau ada pun, setakat jadi Balaci je. Itu pun orang Melayu tak sedar jugak ke?
Sudah - sudah la kena kencing dek DAPigs ni. Diorang memang dari dulu lagi Anti dengan Melayu serta agama Islam. Buat la macam mana sekali pun. Kalau dah Chauvinist tu, Chauvinist la jugak!!! Benda tu takkan berubah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.