MALAM tadi bertempat di Batu 9, Gombak Utara, Anwar Ibrahim dan gerombolan pemimpinnya telah datang untuk berceramah menabur fitnah di sana.
Maka berduyunlah manusia yang lupa diri dan buta hati telah hadir untuk bersama-sama mendengar fitnah dan caci maki yang dikeluarkan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya.
Antara pemimpin lain yang hadir adalah Azmin Ali, Tamrin Ghaffar dan Amiruddin Shaari. Tapi bukan isi ceramah yang JB nak katakan di sini. Nak bercerita tentang perangai buruk puak pakatan yang bertindak diluar batasan kemanusiaan.
Mungkin malam tadi sudah keluar di facebook puak pakatan yang mengatakan Pemuda UMNO yang datang menyerang ceramah mereka. Mungkin ada juga yang berkata puak mereka yang berdarah dibaling batu oleh orang UMNO.
Ini cerita sebenarnya. Memang Pemuda UMNO telah hadir untuk menghalau petualang bangsa dari mencemarkan kawasan Gombak Utara dari terus menabur fitnah.
JB tak nafikan sehingga ada yang sanggup berjalan kaki sejauh 2kilometer dari Pejabat UMNO Gombak Utara.
Malah, Tamrin Ghaffar juga terpaksa menaiki motosikal kerana kebanjiran Pemuda UMNO yang berjaga disepanjang jalan.
Pada sejam pertama, tiada apa-apa yang berlaku. Pemuda UMNO hanyalah berkumpul diseberang jalan untuk menunggu kehadiran Anwar Ibrahim berceramah. Tiada acara baling batu, kelapa, kerusi dan pelbagai objek lagi. Semuanya masih dalam kawalan.
Sehinggalah ada tangan jahat dari kumpulan puak pakatan yang mulakan serangan baling batu ke atas Pemuda UMNO.
Maka bermulalah episod siri serangan balas-membalas balingan batu sehingga ada yang cedera di pihak UMNO. Siapa yang salah? Bagi JB dua-dua salah. Satu kumpulan provoke, satu kumpulan tak tahan provoke.
Akhirnya polis telah dipanggil untuk mententeramkan keadaan namun tidak berkesan. Akibatnya, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dipanggil untuk menghalang dua kumpulan ini dari terus bergaduh. Ucapan Anwar juga terganggu dan kadang-kadang tersangkut akibat dari tindakan Pemuda UMNO tersebut.
Tapi aku tetap suka cara UMNO Gombak. Berani dan tak gentar hadapi puak pakatan yang berjumlah hampir 1000 orang. Mereka hanya membawa sekitar 100 orang. - SUMBER
Ps: Melayu dengan Melayu bergaduh, Si Kit Siang anak beranak tu duduk tersenyum je sambil mengapi - apikan orang.
Tahniah diucapkan kepada Si Ketua Penipu tu kerana telah menjadi Barua kepada DAPigs dalam memecah belahkan orang Melayu. Lain kali, buat la lagi. Boleh diorang buat kenduri pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.