Jumaat, Disember 28, 2012


Ni apa hal pulak dengan orang tua ni? Buang tebiat ke? Apa pasal pulak dia nak mempertikaikan pasal Si Ketua Penipu dan Parti Kecoh Ramai tu?

Apa yang dia tak puas hati? Adakah ianya sebab Si Ketua Penipu tu tak nak bagi DAPigs tambah kerusi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang?

Atau adakah dia rasa yang Si Ketua Penipu tu sendiri memang tak layak nak jadi Perdana Menteri dimasa akan datang? Atau, adakah sebab dia tak diberi sebarang habuan?

Apa pun, kenyataan dia memang cukup jelas dan tak perlu nak dipertikaikan lagi. Apa yang pasti, Si Ketua Penipu dan Parti Kecohkan Rakyat tu pun tak layak nak jadi pemimpin. Sebab kerja diorang, Menipu je!!! Bukannya diorang ada kerja lain!!!
GEORGETOWN: Veteran DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor melabelkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai sebuah parti yang tidak mempunyai ideologi yang sihat serta tiada hala tuju yang tepat.

Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang itu berkata demikian merujuk kepada matlamat asal perjuangan parti itu yang semata-mata mahu menuntut kebebasan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun sasaran itu telah dicapai dan hala tuju parti itu tampak samar-samar dan tidak seiring dengan gerakan rakan komponen mereka, DAP dan PAS.

“Selepasnya reformasi sepatutnya habislah. Reformasi ditubuhkan hanya untuk memperjuangkan kebebasan Anwar.

“Tetapi selepas reformasi, maka ditubuh pula PKR, maka bermulanya satu parti yang tidak mempunyai ideologi yang sihat. Dia tidak ada hala tuju yang tepat,” ujar Zulkifli ketika ditemuiAntarapos baru-baru ini.

Zulkifli menambah matlamat perjuangan yang kabur itu ditambah buruk dengan kebanyakan pemimpin-pemimpin kanan PKR yang diketuai oleh isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, tidak mempunyai penyokong.

Disebabkan itu, PKR katanya dilihat terpaksa bergantung kepada sekutunya, PAS dan DAP.

“Oleh yang demikian, maka dia (PKR) mempunyai pemimpin yang tidak ada penyokong..akar umbi tidak ada. Kalau dia lawan kawasan ‘mix area’, DAP dengan PAS yang akan tolong dia,” jelas beliau yang baru-baru ini tewas pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) yang berlangsung di Pulau Pinang.

Kredibiliti PKR makin goyah apabila sering kali dikritik kerana pemimpin-pemimpinnya adalah bekas ahli Umno BN.

“(Ahli) PKR dia biasanya (yang) keluar daripada Umno. Seperti yang ramai orang kata, kalau anda ditolak atau keluar daripada sesuatu parti, itu bererti anda bukan yang terbaik di dalam parti itu.

“Dan apabila anda tubuhkan sebuah parti baru, tidak mungkin ia akan lebih baik daripada parti yang telah anda tinggalkan,” katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping