Ahad, Disember 16, 2012


GEORGETOWN: Dua pemimpin kanan DAP menyokong cadangan Adun Sekinchan, Selangor, Ng Suee Lim yang mahu DAP memperkenalkan sistem pelantikan terus untuk mengisi jawatan kanan seperti Setiausaha Agung dan Setiausaha Kebangsaan parti.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata cadangan Suee Lim itu yang bertujuan mencegah politik wang daripada menular ke dalam parti itu, harus dikaji lebih mendalam oleh pimpinan tertinggi.
"Saya rasa satu teguran yang sihat dan membina, memang kita tidak mahu melihat DAP mengamalkan politik wang.
"Jadi kebimbangan yang disuarakan bukan berlaku sekarang tetapi kebimbangan yang berlaku akan datang dan sudah tentu kita perlu mengambil langkah-langkah mencegah," katanya ketika ditemui Antarapos sebentar tadi.
Sementara itu, Speaker DUN Selangor yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP, Datuk Teng Chang Khim berkata pemilihan terus lebih telus dalam membanteras sebarang perkara yang tidak diingini.
"Saya rasa itu (pemilihan secara terus) memang pandangan saya sepanjang masa. Semasa saya berada dalam Pemuda DAP pun, lima jawatan itu terus dibuat pemilihannya secara terus," katanya tadi.
Semalam Suee Lim akur bahawa terdapat unsur-unsur politik wang menular masuk ke dalam parti itu dan mahukan proses pemilihan pemimpin untuk jawatan tertinggi dirombak.
Semalam Suee Lim mendesak perlembagaan DAP dipinda bagi membolehkan perwakilan parti melantik terus jawatan-jawatan seperti Setiausaha Agung dan Setiausaha Kebangsaan parti.
"Atas keprihatinan terhadap parti, saya ada nampak elemen-elemen sedemikian (politik wang) diamalkanlah, mereka mengamalkan budaya itu untuk menarik sokongan ahli-ahli parti.
"Maka dengan itu saya harap, kita boleh gubal Perlembagaan parti dari segi pemilihan parti ini dan kita boleh mengadakan pemilihan parti secara terus," katanya kepada Antarapos.

Ps: Memang nampak sangat tak adilnya. Dah la dia bertanding jawatan CEC. Lepas tu dipilih pulak jadi Setiausaha Agung.

Kuasa dia pulak lebih tinggi dari Pengerusi. Jadi, memang patut sangat la orang pertikaikan pasal benda tu. Sebab nampak sangat tak ADILnya!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping