La... kesian betul bila baca cerita kat bawah ni. Sedih pulak rasanya. Kalau selama ini, ingatkan negara tu maju bukan main.
Rupa - rupanya, tandas pun tak de sampai terpaksa orang 'melepaskan hajat' didepan khalayak ramai sehingga dikenakan tindakan.
Tapi rasanya, kat situ ada tandas kot. Mungkin disebabkan dia dah tak tahan nak sangat ke tandas, dia melepas je la kat mana yang sempat.
Atau pun, mungkin dia ni tak cukup akal dan 'kurang cerdik' macam puak - puak Pakatan Pembangkang di Malaysia ni. Sebab itulah dia pun suka buat benda yang bukan - bukan!!! Sekarang, tak pasal - pasal je malu diri sendiri!!!
Seminggu selepas ditangkap atas dakwaan memiliki dadah jenis kokain dan methamphetamine, aktor Twilight Saga, Bronson Pelletier, sekali lagi ditahan. Kali ini pula gara-gara perilakunya tidak senonoh dan menjijikkan.Penangkapan terbaharu dilaporkan berlaku pada Isnin lalu kira-kira jam 2 petang di lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX) - dua jam selepas polis terpaksa mengeluarkan pelakon Kanada dari pesawat kerana membuat kacau di atas kapal kerana dipercayai mabuk.Sumber penguatkuasaan undang-undang memberitahu TMZ.com selepas membawa Bronson keluar daripada pesawat, pelakon itu diarahkan untuk menunggu di terminal.Tetapi tidak lama selepas pegawai polis beredar meninggalkan Bronson, mereka menerima satu lagi laporan daripada pengawal yang sedang bertugas di pintu terminal tersebut mendakwa Bronson telah membuang air kecil di tengah-tengah terminal itu - video.Bagaimanapun pelakon berusia 25 tahun itu tidak mengaku melakukan perbuatan tersebut. Malah dia asyik mengomel dan berpura-pura seperti tidak bersalah sewaktu diheret pengawai polis.Bronson dikenali selepas muncul dalam filem debutnya, 'Twilight Saga', memengang watak sebagai Jared, (kumpulan Wolf Pack).Dalam perkembangan lain, mengenai dakwaan memiliki jenis kokain dan methamphetamine secara haram, Bronson tidak mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu dan dia telah diperintahkan untuk muncul kembali di mahkamah pada 17 Januari 2013.
Ps: Lebih kurang jugak la perangainya dengan Pakatan pembangkang tu. Diorang pun memang suka kencing merata - rata. Habis semua orang nak di'kencing'kannya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.