Isnin, Disember 03, 2012


Lawak beb. Memang lawak gila kalau kita baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Guan Eng ni sampai geli bulu kaki dibuatnya. Dia ada hati nak masuk Maharaja Lawak ke?

Macam mana tak lawaknya. Dalam ramai - ramai orang yang nak bagi komen pasal isu ni, kenapa dia jugak yang terpaksa tampil? Dah tak de orang lain ke?

Lepas tu ada hati pulak dia nak tuduh orang lain sombong. Walhal dia tu yang dituduh sombong, angkuh dan tokong oleh pemimpin dikalangan Pakatan Pembangkang sendiri.

Tapi, apa yang membuatkan dia angin sangat dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh MB Pahang tu? Meh kita baca dibawah. Lepas tu, kesimpulannya kita buat esok. Lagi pun, nak bogelkan orang ni, sikit - sikit baru best!!! Hehehe...
Kerelaan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob untuk memotong telinga sekiranya DAP menang di Bentong disifatkan sebagai tindakan yang kebudak-budakan. 
Mengulas kenyataan kurang cerdik Adnan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata ia adalah soal pilihanraya, bukan soal mahu tunjuk lagak sampai sanggup potong telinga.

 Katanya, Adnan tidak perlu melakukan perkara kelakar itu kerana itu bukan tuntutan mana-mana pihak. 
Bercakap dalam sebuah sidang media selepas majlis penyerahan sumbangan bantuan pelajar ke IPTA di Komtar di sini semalam, beliau berkata, tidak ada sesiapa yang pernah menuntut Adnan untuk memotong telinga atau lompat ke sungai, kerana yang dituntut ialah perubahan yang memberi faedah kepada rakyat.

“Kalau dia potong telinga dan lompat ke sungai, rakyat boleh dapat apa faedah? Kalau rakyat boleh dapat faedah; potonglah, ” ujar beliau, sambil menambah beliau tidak menyangka seorang Menteri Besar boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian. 
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menambah bahawa kemenangan dalam pilihanraya bukanlah untuk memotong telinga, sebaliknya ntuk membawa perubahan kepada rakyat seperti yang sedang dilakukan di Pulau Pinang pada masa ini.

 Semalam Menteri Besar Pahang dilaporkan berkata, “… DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang.” 
Namun hari ini Adnan dilaporkan sebagai berkata bahawa kenyataan ‘potong telinga’ tersebut hanyalah kiasan atas keyakinan beliau bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh menang di kawasannya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping