Nauzubillah. Itu diantara ayat yang terluah dari mulut apabila membaca kenyataan yang diucapkan oleh 'Kenalan Rapat' Si Ketua Penipu tu.
Seperti mana yang semua orang sedia maklum, baru - baru ni Si Ketua Penipu tu dah bawak masuk bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie ke Malaysia.
Kata Habibie, Malaysia ni lebih kurang macam Indonesia je. Amalan dan fahaman Pluralisme agama memang dah lama bertapak di Malaysia.
Dalam erti kata lainnya, Habibie cuba untuk meyakinkan bahawa Kebebasan Beragama ni memang dah lama wujud dikalangan masyarakat Malaysia.
Semua orang tau mengenai perkara tersebut. Malaysia memang mengamalkan dasar Kebebasan Beragama. Tetapi tidak kepada yang beragama Islam.
Mana mungkin orang Islam yang terdiri dari majoriti orang Melayu boleh mengamalkan Pluralisme Agama di Malaysia ni kerana Melayu Malaysia semuanya lahir Islam.
Adakah BJ Habibie ni nak orang Melayu di Malaysia ni ikut jejak langkah Melayu Indonesia dimana mereka bebas untuk memilih agama mereka?
Persoalannya, untuk apa Si Ketua Penipu tu bawak BJ Habibie ke Malaysia ni? Adakah dia nak rakyat Malaysia dengar cakap Bekas Presiden yang dah ditolak rakyatnya sendiri?
Soal bab nak memperjuangkan Kebebasan Beragama termasuk dikalangan orang Melayu di Malaysia ni bukan perkara baru. Benda ni dah banyak kali disebut oleh Si Ketua Penipu tu.
Kalau sebelum ini, dalam wawancara bersama agensi media antarabangsa pun dia pernah menyebut perkara yang sama. Kemudian diulang semula oleh anak kesayangannya pula.
Selepas itu, ianya dikukuhkan pula dengan kunjungan - kunjungan kenalan rapat yang dibawa sendiri oleh Si Ketua Penipu tu ke Malaysia.
Sebelum ini, Si Ketua Penipu tu telah membawa masuk Mobashar Jawed Akhbar dan membawa fahaman Liberalisme Agama mendapat kecaman Datuk Dr. Haron Din.
Jadi, kali ini, adakah Datuk Dr. Haron Din akan membuat kecaman yang sama? Adakah mereka menyokong amalan Pluralisme Agama ni dilaksanakan di Malaysia?
Jika sebelum ini, Si Ketua Penipu tu sering berjanji untuk menurunkan harga minyak, menghapuskan PTPTN, menghapuskan tol seandainya mereka berjaya tawan Putrajaya.
Maka sekarang, adakah dia jugak turut akan menjanjikan perkara yang sama mengenai soal kebebasan Beragama dikalangan Melayu jika berjaya menawan Putrajaya kelak?
Kalau secara tertutup, memang itulah agenda dia. Jika tidak, kenapa pulak dia merapatkan diri dengan orang - orang seperti BJ Habibie dan Mobashar Jawed ni?
Kenapa anak dia dan dia sendiri pernah menyebut mengenai Kebebasan Beragama ni dihadapan orang ramai kalau ianya bukan agenda utama mereka?
Nah!!! Sekarang korang fikir la sendiri. Nak ke korang lihat anak - anak korang nanti yang lahir dalam agama Islam diberikan Hak Kebebasan untuk memilih Agama mereka setelah mereka dewasa kelak? Jangan menyesal dikemudian hari sudah la!!!
kita sedang menuju kearah itu sebenarnya.lihat saja dalam sijil kelahiran.agama bayi dicatat sebagai agama ibubapa,biarpun sesudah lahir di"baptis"(baca azan/iqamat)setiap bayi dari keturunan islam.namun jabatan pentaftaran negara tiada keberanian untuk mencatatkan islam bagi agama bayi berkenaan.
BalasPadam