Tak perlu lagi nak dijelaskan secara panjang lebar mengenai dua fahaman yang memang terang dan nyata ditentang oleh agama Islam ini.
Bagaimana mungkin perkara seumpama itu boleh dilaksanakan di Negara yang diiktiraf dunia sebagai sebuah Negara Islam yang maju? Apatah lagi bagi Negeri seperti Pahang?
Hanya mereka yang mempunyai agenda dan cita - cita untuk membebaskan semua benda je yang ada niat serta impian sedemikian. Itu pun atas dasar kepentingan diri mereka sendiri.
Dalam dunia ni, hanya ada satu Negara je yang mengamalkan perkara tersebut secara terang - terangan iaitu Israel. Jadi, adakah kita pun nak ikut jadi macam Israel jugak?
Takkan la benda macam tu pun kita tak boleh nak fikir sendiri? Takkan la itu pun kita kena jelaskan jugak kepada rakyat?
Ternyata, fahaman yang diguna pakai oleh Yahudi Zionist ini kian menular dikalangan Pakatan Pembangkang. Pun masih ada orang yang tak sedar jugak ke?
Pun masih ada orang yang nak terus jadi Pak Angguk Saja walaupun ianya secara terang - terangan bertentangan dengan prinsip Islam?
Sudah - sudah la dok asyik nak ikut telunjuk puak - puak Parti Kelirukan Rakyat tu. Diorang buat semua benda ni pun hanya sekadar nak dapatkan kuasa je. Bukannya untuk rayat sangat pun!!!
YAB Menteri Besar Pahang sebelum ini menjawab soalan Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah (BN-Sungai Lembing), mengenai fahaman liberalisme dan pluralisme yang mengancam agama Islam termasuk agama lain.
Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, keadaan tersebut disebabkan mereka liberal dan tidak mahu terikat dengan mana-mana ajaran dan hukum-hakam agama masing-masing.
"Fahaman terbabit menganjurkan pengikutnya terutama umat Islam supaya membebaskan diri daripada kepercayaan, peraturan dan undang-undang Islam yang menjadi asas keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.
"Pada masa sama, fahaman mereka menghalalkan pergaulan bebas, perkahwinan sejenis, perbuatan murtad dan segala bentuk kemungkaran lain kononnya atas nama individu dan hak asasi manusia," katanya.
Beliau berkata, jika perkara itu dibiarkan menular akan menyebabkan berlakunya keadaan apabila masyarakat tidak lagi menjalani kehidupan berasaskan panduan dan pedoman agama," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.