Umno Maran menafikan dakwaan berlaku kekecohan semasa Konvoi Jelajah Oren hingga menyebabkan Ketua Penerangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Noraza Muda diikat dan ditahanoleh pihak tertentu di Felda Kampung Awah, Sabtu lalu.
Pemangkunya, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, hasil pertemuan beliau dengan peneroka tanah rancangan itu mendapati dakwaan tersebut adalah tidak benar.
Menurutnya, gambar Noraza diikat di sebuah pondok rehat adalah satu penipuan kerana tiada pihak yang berbuat demikian.
“Ini semua tipu dan saya diberitahu pihak pengurusan Felda, Rela, Polis Bantuan Felda dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), bahawa tiada kekecohan serius berlaku.
“Malah tiada siapa yang ditangkap atau ditahan ketika peserta konvoi kembara itu mahu memasuki kawasan Felda Kampung Awah," katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun Ismail berkata, pihak Felda berhak menghalang mereka daripada masuk ke kawasan tanah rancangan masing-masing kerana tidak mahu ada pihak luar yang sengaja mahu menyebarkan fitnah kepada peneroka.
Katanya, masyarakat Felda perlu berfikir secara rasional dan bijak menilai tindak-tanduk kembara tersebut yang cuba memecahbelahkan komuniti itu dengan tohmahan tidak berasas.
Katanya, pembangkang semakin terdesak apabila melakukan kembara sedemikian ke tanah rancangan Felda terutama menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi.
“Peneroka Felda hidup dalam suasana aman tanpa kacau bilau. Sudah pasti mereka tidak benarkan sesiapa pun yang cuba merosakkan keharmonian di kawasan mereka.
“Saya minta peneroka jangan mudah terpengaruh dengan pembangkang yang semakin kemaruk berkuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja bagi memenuhi keinginan tersebut,” katanya.
Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan, Sulai-man A Hamid berkata, pihaknya tidak terima sebarang laporan berhubung insiden itu.
Menurutnya, tiada sebarang kekecohan serius berlaku sepanjang kembara itu di Felda Kampung Awah, Jengka 23 dan 11.

Ps: Sebelum ni kan Semut dah cakap. Apa yang diorang buat tu hanya menjiat ludah sendiri. Tengok gambar pun dah tau diorang menipu!!!
Takkan la mamat tu sorang je kena tangkap dan diikat tangan dia. Banyak kali pulak tu. Tapi, apa boleh buat. Dah memang itu je la kerja diorang pun. Bukannya diorang ada kerja lain pun yang nak dibuat!!!
Hidup2 Kump Oren menipu.
BalasPadamMati2 cai2 PR percaya.