Rabu, Disember 26, 2012


PETALING JAYA: Undang-undang kecil lapuk di Kelantan perlu dihapuskan kerana ia tidak sesuai lagi dengan keperluan semasa, kata Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw.

Hu  juga meminta Kelantan mempelajari dari Singapura yang menyelesaikan masalah rakyatnya dalam tempoh tiga hari sahaja.

Beliau berkata, undang-undang kecil salun dan kedai gunting rambut yang diguna pakai sekarang sudah lapuk kerana ia diperkenalkan pada tahun 1986 ketika diperintah oleh BN.

Katanya, undang-undang itu sesuai pada waktu itu berikutan beberapa masalah sosial yang melanda Kelantan.

“Tetapi sekarang masa sudah berubah, rakyat sudah ramai mendapat pendidikan, ini bermakna undang-undang kecil itu tidak sesuai lagi.

“Ini yang kita perjuangkan..kita mendapat sebuah kerajaan yang baik kerana mereka sudah setuju untuk mengkaji semula undang-undang kecil itu,” katanya.

Hu berkata, mesyuarat exco kerajaan Kelantan baru-baru ini setuju untuk mengkaji undang-undang kecil tersebut seterusnya memansuhkannya.

Baru-baru ini dikejutkan dengan tindakan penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) menyaman pasangan bukan Islam di tempat awam atas dakwaan berdua-duaan.

Tindakan ini dibantah oleh pelbagai pihak termasuk DAP, MCA dan Gerakan. Berikutan itu, kerajaan negeri menarik balik tindakan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Hu meminta penyokong PAS dan Pakatan Rakyat tidak memandang serong dengan DHPP.

“Kami adalah rakan seperjuangan PAS dan Pakatan Rakyat, kita berkawan dan hidup bermasyarakat. Kita (DHPP) bukan hendak menjatuhkan PAS,” tegas Hu lagi.

Ps: Kalau bab yang macam ni, kecut pulak pemimpin - pemimpin PAS tu nak jawab ye. Tapi, kalau dengan orang lain, bukan main lagi. Pejuang Islam konon. Puih!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping