KUALA LUMPUR 13 Dis. - Golongan muda perlu bijak menapis ledakan maklumat dalam internet supaya tidak terpengaruh dengan propaganda pembangkang yang mengelirukan, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Beliau berkata, golongan yang lebih popular dengan panggilan generasi X dan Y itu wajar mengkaji fakta yang diperoleh menerusi carian teknologi berkenaan sebelum membuat keputusan demi masa depan negara.
"Saya berharap golongan X dan Y boleh membuat keputusan yang waras dan seimbang... banyak fakta yang datang kadang kala dari internet, banyak yang boleh kita kata tidak betul, dan fitnah.
Saya tengok kadang-kala ada sesetengah daripada berita portal dalam internet lebih berat sebelah kepada pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum sehari TM di sini.
Dalam pada itu, Raja Nong Chik berkata, bagi kerajaan, generasi muda memainkan peranan penting dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Beliau berkata, kini terdapat kira-kira tiga juta pengundi muda di negara ini yang mempunyai kuasa mengundi agak besar pada pilihan raya nanti sebagai pengundi baharu.
Saya yakin mereka (golongan muda) akan menjadi penentu dalam PRU-13 ini kerana mereka juga akan menjadi pewaris kepada negara," katanya.
Ps: Apa yang disarankan oleh Datuk Raja Nong Chik ni memang betul. Generasi sekarang ni kena pandai menilai maklumat yang diorang dapat.
Jangan jadi macam Si Nurul Izzah tu. Dia tak baca pun apa yang ditulis dalam surat khabar. Tapi masih jugak nak saman akhbar tersebut.
Macam mana pulak kita tau Si Nurul Izzah tu tak baca Utusan? Sebab diorang jugak yang dok sibuk suruh rakyat jangan baca.
Jadi, takkan la diorang nak menipu pulak kan? Dah tentu - tentu Si Nurul Izzah tu baca Utusan.
Kalau tidak, macam mana dia tau pasal artikel yang dikeluarkan dan ambik tindakan saman? Hah! Kan dah kantoi.
Itulah. Lain kali, nak buat kerja tu jangan la asyik nak menipu je kerjanya. Bila dah kantoi macam ni, mula la dia nak salahkan orang lain. Walhal, semua tu salah diorang sendiri jugak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.