Ekoran kerana mereka enggan mengakui bahawa berlakunya pertikaian dalaman, maka terpaksa la Pak Berahim ni buat kenyataan macam ni.
Dengan memberikan alasan macam ni, mudah la diorang nak jelaskan kepada rakyat bahawa kononnya dalam PAS tu tak berlaku sebarang konflik.
Semuanya tak de tujuan lain melainkan nak mengaburi mata rakyat je. Benda dah terdedah, tak payah la diorang beria - ia nak tutup - tutup. Mengaku je ada berlaku pertikaian. Habis cerita. Tak payah la nak menipu rakyat!!!
SHAH ALAM – Pas mengarahkan semua pemimpin yang dinamakan sebagai bakal calon kerusi Parlimen Larut termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari turun padang bagi mempersiapkan jentera parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, arahan itu dikeluarkan memandangkan calon rasmi belum diputuskan lagi.“Dua tiga nama diberikan cuma diangkat kepada pusat. Belum ada calon. Calon rasmi hanya akan diketahui apabila watikah dikeluarkan, sebaik Parlimen dibubarkan,” katanya kepada Sinar Harian Online.Katanya, Pas Pusat juga telah menghubungi kepimpinan negeri dan kawasan terbabit baru-baru ini.“Isu ini sudah selesai. Semua calon yang disenaraikan, sudah diminta turun dan bekerja, tak timbul soal calon rasmi,” katanya lagi.Dalam pada itu, Pas Perak menafikan dakwaan yang mengatakan berlaku pergolakan di kalangan akar umbi Pas Larut yang didakwa menolak calon dari Pusat dan bakal memboikot Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekiranya calon pilihan mereka tidak dilantik.Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pihaknya telah membuat pemantauan hingga ke akar umbi.“Ini semua salah faham dan mereka mengakui tidak ada masalah yang timbul. Bagi saya, isu ini sudah selesai dan pihak akar umbi telah mengakui mereka menerima sebarang calon yang dicadangkan Pas Pusat dengan berlapang dada,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.