Rabu, Disember 05, 2012


Ini yang heran dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Diorang sendiri mengakui GAGAL untuk melaksanakan Reformasi. 

Tapi, masih bermimpi nak rampas kuasa ke Putrajaya. Kalau dah GAGAL tu, GAGAL la jugak. Tak de pulak diorang nak mintak maaf. Masih jugak nak tabur mimpi kosong.

Dah memang terbukti bahawa diorang tak mampu nak menjadi pemerintah yang bagus. Jadi, untuk apa lagi diberi peluang kepada diorang ni? Setakat cakap je nak buat Reformasi, apa guna!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Yang Dipertua DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim berkata Pakatan Rakyat gagal melakukan reformasi ke atas perundangan selepas lima tahun membentuk kerajaan di empat negeri.

Katanya, ini disebabkan keengganan ahli politik, yang menguasai eksekutif, untuk melepaskan kuasa mereka.

Teng mendakwa Pakatan kurang kesediaan politik untuk untuk melakukan reformasi bagi menjadikan DUN bebas daripada kerajaan negeri.

"Sekiranya saya tubuhkan KPI (indeks petunjuk prestasi), ia akan menunjukkan bahawa Pakatan gagal dalam soal ini," katanya dalam satu forum mengenai reformasi parlimen di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pada malam tadi.

Teng yang juga ADUN Sungai Pinang berkata, hanya DUN Selangor yang bertindak pro-aktif dalam usaha itu.

Katanya, DUN Selangor antara lainnya membentuk tiga jawatankuasa terpilih, termasuk Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang menilai prestasi kerajaan negeri.

Malah, DUN Selangor juga menyiarkan persidangannya secara langsung melaui Internet.

“Kita bercakap mengenai (jawatankuasa terpilih) bertahun-tahun, tetapi apabila kita menjadi kerajaan, berapa banyak negeri yang melaksanakannya? Hanya kerajaan Selangor yang berbuat demikian," katanya.

Teng berkata masyarakat juga kurang faham mengenai doktrin pemisahan kuasa dan golongan berkenaan menurutnya gagal memberi tekanan kepada ahli politik yang memegang jawatan eksekutif untuk melakukan reformasi berkenaan.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping