Habis, macam mana nak menang kalau asyik dok beramuk sesama sendiri? Macam mana diorang nak dapat tawan Pahang kalau begini la perangai diorang?
Bila orang nyatakan keyakinan tinggi bahawa BN dapat kekal di Pahang, diorang kata orang Pahang sombong. Tapi, memang itu la hakikatnya.
Kisah ni Semut dapat dari seorang rakan didalam Pakatan Pembangkang sendiri. Dia secara terang menyatakan bahawa kenyataan MB Pahang sebelum ni memang benar.
Walaupun ianya agar pahit untuk ditelan, namun senario itu memang merupakan satu realiti. Pakatan memang payah nak menang di Pahang.
Jangan kata di Bentong, malah di seluruh Pahang pun diorang susah nak tembus. Sebab rakyat secara keseluruhannya masih yakin dengan kepimpinan Kerajaan sedia ada.
Ini kisah sahabat Semut tu. Kata dia, sebelum ini puak - puak Parti Kelirukan Rakyat tu nak buat ceramah dan menjemput Si Ketua Penipu tu turun.
Tapi, disebabkan kawasan yang diorang pilih tu merupakan diantara Kubu Kuat UMNO dengan keahlian melebihi seribu orang, maka PAS mencadangkan agar lokasi ditukar.
PAS risau sekiranya ceramah tu tetap diadakan didalam kawasan tersebut, maka keadaan kacau bilau akan berlaku. Yang malu nanti, Si Ketua Penipu tu jugak.
Jadi, PAS mencadangkan agar ceramah tersebut dibuat di markas mereka sahaja. Markas tu memang selalu jadi tempat ceramah mereka. Segala persiapan sudah dibuat.
Namun, disaat - saat akhir, ceramah tu tak jadi. Ianya terpaksa dibatalkan atas sebab - sebab tertentu. Alasan yang diberikan kepada ahli sebab Si Ketua Penipu tu sibuk.
Yang sebenarnya, PKR tak puas hati sebab PAS tak nak buat ceramah tu dikubu kuat UMNO. Atas sebab itulah mereka enggan memberikan kerjasama.
Sepatutnya, PKR membawa petugas - petugas mereka untuk mengatur selia persiapan tempat sebab program tu program diorang.
Mungkin sebab PKR rasa ceramah tu dibuat kat markas PAS, jadi diorang semua lepas tangan je la. Kiranya, bagi PKR, PAS dah sailang program diorang.
Jadi, untuk apa lagi PKR nak hulurkan bantuan dalam kerja - kerja persiapan tempat? Alang - alang dah kena tikam, baik diorang buat tak tau je.
Dengan timbulnya konflik berkepentingan seperti itu membuatkan PKR enggan menyalurkan bantuan kewangan kepada PAS bagi mengadakan program tersebut.
Alasan yang PKR bagi kepada PAS ialah sebab diorang tak de duit. Mak ai!!! Punya banyak duit Yahudi Laknatullah bagi kat diorang pun masih diorang kata tak de duit lagi ke?
Habis sesama sendiri pun diorang nak menipu jugak ke? Sudah la kemelut dalaman PKR dikawasan tu pun tak selesai lagi sampai hari ni. Sesama diorang pun dok beramuk sesama sendiri, nak menang menda kejadahnya!!! Setakat mimpi disiang hari boleh la!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.