Isnin, Disember 03, 2012


Alamak ai!!! Benda macam ni dah banyak kali dah orang jelaskan. Dah banyak kali dah diterangkan kepada rakyat. Kenapa pulak diorang nak jadikan ianya sebagai persoalan?

Itu yang menghairankan. Masih ada lagi orang yang tak sedar dengan Modus Operandi puak - puak Pakatan Pembangkang tu ye. Masih jugak diorang nak pelik dan hairan.

Dah memang menjadi darah daging diorang sebenarnya. Kalau diorang tak menipu macam ni, macam mana diorang nak menang Pilihan Raya.

Dulu diorang kata undang - undang syariah atau Hukum Hudud ni hanya untuk Islam sahaja. Yang Bukan Islam tak terlibat. Tapi, bila buat, lain pulak jadinya.

Lepas tu, bila dah kantoi, dituduh pulak salon gunting rambut tu sebagai 'Sarang Maksiat'. Kiranya, semua orang yang bukak salon gunting rambut ni terlibat dalam maksiat la ye.

Tinggal lagi, bila isu tu dibangkitkan oleh Si Karpal Whilchar, terus diorang menggelupor nak cara jalan penyelesaian. Terus diorang buat rundingan.

Itu ke yang dimaksudkan sebagai seorang pejuang Islam? Itu ke caranya diorang nak menegakkan Hukum Islam di Malaysia ni?

Baru Si Karpal tu batuk pasal isu salon gunting rambut Unisex, dah kelam kabut jadinya. Macam mana diorang nak laksanakan Hukum Hudud kalau begitu gayanya!!! Buat mengabihkan masa je!!!
SHAH ALAM: Ketua Penerangan MCA Selangor, Datuk Yap Pian Hon hari ini mendakwa kerajaan Kelantan dibawah pentadbiran PAS mengamalkan diskriminasi serta berselindung disebalik undang-undang Islam dalam menangani kemelut operasi salun unisex di negeri itu yang dilarang sama sekali untuk semua kaum.

"Ini biasa di seluruh Malaysia. Salun unisex ini berkhidmat untuk semua. Tidak kisah dari wanita atau lelaki.

"Ini bererti kerajaan Pas mengamalkan sistem itu (diskriminasi) melalui undang-undang Islam kepada bukan Islam," katanya kepada Antarapos.

Kerajaan negeri Kelantan dalam pertemuan bersama dua pertubuhan Cina sebelum ini bersedia untuk menimbang sekurang-kurangnya tiga syor yang dikemukakan NGO terbabit.

Bagaimanapun, Exco Kerajaan Negeri Takiyuddin Hassan yang sebelum ini menegaskan larangan itu tidak akan dipinda berkata Exco Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat bersetuju menimbang cadangan-cadangan itu dengan “gembira dan suci.”

Kerajaan PAS Kelantan sebelum ini mempertahankan larangan itu yang berkuat kuasa sejak 1991 setelah media menyiarkan keluhan seorang peniaga Cina yang disaman 10 kali kerana salunnya menggunting rambut lelaki bukan Islam.

Berbeza dengan apa yang ditegaskan beliau sebelum ini bahawa larangan itu dikuatkuasakan kerana salun unisex adalah sarang maksiat dan menegaskan kerajaan negeri mahu membela moral semua kaum, dan bukannya orang Islam sahaja.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping