Inilah akibatnya dan musibahnya bila suka sangat mendabik dada mengatakan yang diorang tu dah banyak membantu rakyat. Penyudahnya, diorang beramuk sesama sendiri.
Dalam isu sebegini, bagaimana mungkin dua orang pemimpin dari satu Pakatan boleh memberikan pandangan dan kenyataan yang berbeza diantara satu dengan yang lain?
Soal mengenai peruntukan CAPEX yang sepatutnya diberikan kepada Syabas ternyata membuktikan bahawa dikalangan pemimpin Rejim Pakatan ni pun tak sependapat.
Mana tidaknya. Yang sorang kata peruntukan tu tidak dibekukan, manakala yang sorang lagi kata ianya dibekukan. Sekarang yang mana satu yang betul?
Adakah ianya dibekukan atau pun tidak? Soalan semudah itu pun diorang boleh jadi keliru, nak memerintah menda kejadahnya. Baru satu masalah macam tu pun dah celaru.
Maka kini, timbul persoalan dikalangan rakyat. Apakah tujuan sebenar puak - puak Rejim Pakatan Selangor ni memberikan dua jawapan yang berbeza?
Adakah mereka bertujuan untuk menipu rakyat dengan cara memperbodoh - bodohkan mereka sedemikian rupa? Dan benda ni bukan kali pertama diorang buat.
Hakikatnya, Rejim Pakatan Selangor ni sebenarnya hanya sekadar nak melengah - lengahkan tindakan affimatif bagi mengatasi masalah isu air di Selangor. Itu pasal la diorang bagi alasan berbelit - belit!!! Lagi pun, diorang ni kalau tak menipu memang tak sah!!!
SHAH ALAM: Kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pembekuan Perbelanjaan Modal (Capex) kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) dilihat bercanggah dengan Exco Selangor, Dr Xavier Jeyakumar.Ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Khalid memberitahu bahawa kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan arahan membekukan Capex kepada syarikat konsesi air itu."Tidak...(Capex) tidak dibekukan," kata Ahli Parlimen Ijok itu dalam dewan.Respon tersebut berdasarkan kenyataan ADUN Permatang, Sulaiman Abdul Razak mendakwa kerajaan Selangor mengeluarkan arahan rasmi untuk membekukan peruntukan tersebut.Namun menurut Xavier yang ditemui Antarapos semalam, kerajaan negeri terpaksa membekukan Capex berikutan syarikat itu telah melanggar syarat-syarat perjanjian bersama, di mana mereka menyalahgunakan kuasa yang diberikan."Capex yang dikeluarkan oleh kerajaan pusat ataupun kerajaan negeri telah menunjukkan bahawa SYABAS sebuah syarikat yang bertanggungjawab untuk tukar paip-paip air dengan menggunakan Capex itu tidak (dilakukan) secara sewajarnya (baik). Ada beberapa soalan yang tidak boleh dijawab oleh SYABAS."Kita telah diberitahu bahawa paip-paip yang dibeli itu daripada tempatan tetapi (SYABAS) membeli paip-paip dari Indonesia dan apabila kita buat siasatan syarikat-syarikat berkenaan (merupakan) syarikat-syarikat CEO (SYABAS)."Jadi tidak sewajarnya kita meluluskan Capex kalau SYABAS tidak telus macam mana perbelanjaan dan apa yang mereka nak buat," katanya ketika ditemui di lobi DUN Selangor, semalam.Justeru, Xavier berkata pembekuan itu akan diteruskan sehingga proses penstrukturan semula air di Selangor diselesaikan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.