Selasa, Disember 25, 2012


IPOH – Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, meminta supaya isu gelaran Datuk tidak diperbesarkan hingga menjejaskan kepimpinan dalam parti itu.

Beliau berkata, situasi itu tidak sepatutnya dibangkitkan oleh Pengerusi parti, Karpal Singh kerana soal penerimaan darjah kebesaran telah mendapat sokongan majoriti Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Menurutnya, sementara Karpal menentang, majoriti ahli menyuarakan pendapat agar beliau menerima anugerah berkenaan.

“Saya harap beliau menerima keputusan yang sudah dibuat, Jangan biarkan isu begini mengganggu tugas parti,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Karpal, dalam kenyataannya kelmarin memaklumkan, mengikut prinsip yang dipersetujui oleh ahli parti sejak pertengahan 1990-an, setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen DAP tidak dibenarkan menerima anugerah Datuk dalam tempoh mereka memegang jawatan dalam parti.

Mengulas lanjut, Koo Ham berkata, sekiranya Karpal masih berpegang teguh dengan pendirian berkenaan, ia harus dibincangkan bersama CEC untuk dikaji semula.

Katanya, sebagai wakil rakyat, beliau percaya, anugerah yang diterima ketika masih menjawat sebagai Exco Kanan Kerajaan Negeri itu adalah atas persetujuan sultan sendiri.

“Saya tidak pernah berusaha untuk dianugerahkan dengan kehormatan atau apa-apa gelaran kerana saya percaya apa sahaja yang kita perolehi ini berdasarkan faktor apa yang telah kita jalani,” katanya.

Koo Ham yang menerima anugerah Datuk pada 2008 daripada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, merupakan ahli DAP pertama yang menerima kebesaran berkenaan di Malaysia.

Ps: Pasal itu pun Si Karpal tu nak bengkak ke? Dah tak dapat tu jangan la bising. Duduk diam - diam sudah la. Nak pertikaikan pasal orang buat apa?

Lagi pun, Si Ngeh ni dapat gelaran Datuk pun masa diorang berkuasa. Lepas ni, kot KALAU diorang dapat memerintah Putrajaya, jangan pulak Si Karpal tu meluru mintak diberikan gelaran Datuk pulak!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping