Isnin, Disember 03, 2012


Hehehe... Kesian betul tengok Si Foolziah tu meroyan tak tentu arah bila tengok gambar MB Pahang ni bawak bas Rapid Kuantan ye.

Beria - ia pulak dia nak mengaku kononnya dia yang bawak cadangan tu ke dalam sidang Parlimen dan kemudian baru pihak Kerajaan Pusat keluarkan arahan.

Soalnya sekarang ni, bukan pasal cakap je beb. Zaman sekarang ni semua orang nak tengok bukti. Dan sekarang memang terbukti bahawa Kerajaan sedia ada memang mampu buat kerja. Bukan macam dia. Setakat cakap je tak guna!!!
KUANTAN, 3 Dis (Bernama) -- Penyediaan perkhidmatan bas Rapid Kuantan yang dikendalikan Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) adalah bertujuan membantu rakyat menikmati sistem pengangkutan awam yang lebih cekap.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Rapid Kuantan diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata untuk kemudahan rakyat.

"Pengangkutan bukan satu perniagaan yang menguntungkan, tetapi kita tetap komited menyediakan perkhidmatan ini untuk membantu rakyat.

"Laluan Rapid Kuantan dari arah Kompleks Mahkamah ke Semambu tidak begitu menguntungkan, tetapi laluan dari Gambang ke Terminal Makmur dan laluan Indera Mahkota ke Teluk Chempedak boleh menyumbang kepada tanggungan kos operasi," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Rapid Kuantan di sini, Isnin.

Adnan yang mempunyai lesen memandu bas turut memandu sendiri bas Rapid Kuantan ke beberapa laluan yang turut dinaiki oleh anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang serta orang ramai.
Ps: Yang paling kesian sekali ialah sebab dia je yang kena tinggal. ADUN - ADUN dari Pakatan Pembangkang yang lain tu semua ada naik sekali. Dia je yang kena tinggal bas!!! Hahaha...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping