Selasa, Disember 18, 2012

Jenis Licin Macam Ni, Lagi Dia Suka!!!
Dah tak heran beb. Kalau bab - bab pilih bulu ni, memang salah satu kegemaran dia. Tak payah nak dijelaskan panjang - panjang. Memang itu lah hakikatnya.

Kalau tengok orang pun, dia tak main sapu semua. Tak macam Si Ketua Penipu tu. Depan Belakang habis dibalun. Tapi, Si Khalid Gagap ni lain sikit.

Dia tak main sapu semua. Dia pilih - pilih jugak beb. Yang mana dia berkenan, baru dia sapu. Jadi, memang pemimpin macam ni tak layak nak dijadikan pemimpin. 

Kalau nak bagi bantuan pun main ikut parti, alamat jahanam la Negara jawabnya. Tu baru jaga Negeri, belum jaga Negara lagi. Pun dia dah berkira sakan.

Esok, kalau dah dapat memerintah Negara, jangan harap la dia nak membantu rakyat. Yang mana dia tak berkenan tu la yang dia singkirkan dulu. Orang macam tu pun nak dijadikan sebagai pemerintah ke? Korang fikir la sendiri!!!
TANJUNG KARANG 17 Dis. - Sikap ‘pilih bulu’ kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dalam mengagihkan bantuan kepada rakyat menunjukkan mereka sememangnya tidak layak diberi mandat untuk memerintah di negeri ini. 
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, antaranya ialah tindakan meminta ibu-ibu tunggal membuktikan di mahkamah bahawa mereka mengundi calon Pas, DAP dan PKR dalam pilihan raya umum lalu sebagai syarat untuk mendapat elaun RM100 yang dijanjikan. 
Menurutnya, tindakan yang dibuat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu tidak sepatutnya berlaku dalam mana-mana pentadbiran dan sama sekali berbeza dengan apa yang dilakukan oleh BN dalam mengagihkan bantuan kepada rakyat. 
“Prinsip BN adalah tidak meletakkan syarat sokongan parti politik ketika mengagihkan skim-skim yang diumumkan. 
Asalkan individu terbabit berkelayakan maka seseorang itu layak untuk menerima mana-mana bantuan. 
“Sebagai contoh dalam mengagihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kerajaan tidak meletakkan dalam borang permohonan parti mana yang dipilih.  
Tindakan kerajaan PKR Selangor itu juga bertentangan dengan prinsip demokrasi kerana undi itu adalah rahsia," katanya pada majlis Penyampaian Geran Sepadan, Projek Peningkatan Pendapatan Golongan Sasar dan Bayaran Saguhati Penanam Pisang di Kampung Sungai Terap di sini hari ini.  
Dalam pada itu, Noh turut menyifatkan Kerajaan PKR Selangor sebagai pakatan ‘carca marba’ selepas berdolak-dalik dalam isu kenaikan cukai pintu sehingga 10 kali ganda, berkuat kuasa tahun depan seperti yang diumumkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Sepatutnya Tan Sri Abd Khalid mencontohi pendirian kerajaan Barisan Nasional yg tidak membezakan rakyat dlm hal kebajikan. Contoh terbaik dlm pemberian BR1M yg mana dinikmati oleh semua rakyat tidak kira apa fahaman politik mereka. Jika diperhalusi kenyataan Tan Sri Abd Khalid itu soalan yg bakal timbul ialah jika PR menang dlm PRU 13 ini, adakah hanya rakyat yg menyokong PR shj yg akan mendapat segala kemudahan yg ditawarkan kerajaan waktu itu? Bagaimana dgn rakyat yg tidak menyokong? Maka dimana letaknya demokrasi dan kebebasan memilih oleh rakyat?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping