Sabtu, Disember 08, 2012

Lain Macam Je Bang Non Pandang Tu...
Takkan 'Berselera' Jugak Kot!!!
Seawal pagi tadi, blog ni dah menceritakan mengenai kenyataan yang diluahkan oleh 'Kenalan Rapat' Si Ketua Penipu tu mengenai Pluralisme Agama. (Klik Sini)

Sambil menyifatkan Pluralisme tu sebagai satu kekuatan, Mantan Presiden Indonesia tu juga turut menegaskan bahawa fahaman tersebut dah lama bertapak di Malaysia.

Boleh tahan jugak Presiden 3 bulan dari Indonesia ni menipu ye tak. Memang patut sangat la rakyat di Indonesia tu pun tolak kepimpinan dia.

Perangai dia tak ubah macam Si Ketua Penipu tu. Memang kena sangat la diorang berkawan rapat sebab dua - duanya Kaki Penipu. Mungkin kerana itu la mereka ditolak oleh rakyat.

Bagaimana mungkin BJ Habibie boleh kata fahaman Pluralisme Agama di Malaysia ni dah lama bertapak sedangkan dia sendiri pun jarang datang ke Negara ni?

Dia datang pun sekali sekala je. Bukannya dia pernah duduk kat sini bertahun - tahun sehingga dia tahu selok belok tentang sosio budaya di Negara ni.

Dia tau ke yang Melayu di Malaysia ni semuanya lahir dalam Agama Islam? Jadi, macam mana pulak Pluralisme agama tu dapat diamalkan oleh mereka?

Pun dia boleh buat kesimpulan yang bukan - bukan? Kepala Tengkorak Dia la!!! Ada la lebih baik dia duduk je diam - diam kat Negara asal dia. Jangan menyibuk nak masuk campur dalam urusan orang lain!!!
SHAH ALAM: Pengarah Institut Islam Hadhari, Datuk Dr Mohd Yusof Othman menyangkal dakwaan bekas Presiden Republik Indonesia, Bacharuddin Jusuf Habibie bahawa fahaman pluralisme telah lama bertapak di Malaysia.

Menurutnya, Malaysia merupakan negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan, namun yang membezakan hanya rakyat Malaysia dibenarkan mengamalkan agama lain secara aman.

"Kalau dia sebut Malaysia negara yang mengamalkan pluralisme tidak betul sebab Islam ada dalam perlembagaan kita.

"Dalam Perlembagaan ada menyebut Islam adalah agama persekutuan agama-agama yang lain boleh diamalkan seara harmoni, itu bukan pluralisme," kata beliau ketika dihubungi.

Mohd Yusof kemudian menambah Malaysia hanya memaparkan imej plural dalam konteks sosial tetapi bukan dari segi agama Islam.

"Malaysia plural dari segi penganut yang mengamalkan pelbagai agama betul dari segi pelbagai bangsa dan bahasa juga betul yang saya lihat Islam di negara ini tidak liberal," tambah beliau lagi.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Gua caya lu Habibie!. memang sesetengah orang melayu di malaysia ni tak tahu reti pluralisme (kekebasan untuk memilih). Tidak ada melayu dilahirkan islam. tu cuma undang-undang manusia yang memaksa melayu mesti islam untuk mengekalkan kuasa politik sedangkan Tuhan sendiri tidak memaksa. kalau macam tu tak da lah istilah 'rumpun melayu' sebab 'melayu' yang lain tak nak dipaksa paksa memilih agama.apa baiknya sangat kalau sesama saudara kafir mengkafir, doa meruntuhkan dan berkelahi sesama sendiri?? semuanya kerana politik!!BUKAN agama!!

    BalasPadam
  2. dia jelez la tu,,, biakan dia je,,

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping