Sabtu, Disember 08, 2012


Ini la diantara perkara - perkara yang membezakan manusia. Semuanya bergantung kepada niat masing - masing dan cara mana dia mendapat hidayah.

Tinggal lagi, kalau hidayah yang diterima tu sekadar untuk riak dan membangga - banggakan diri tak tentu arah, tak de guna jugak.

Orang lain sibuk pergi berulang alik ke masjid - masjid. Tapi, yang sekor tu dok sibuk berulang ke pentas ceramah Politik. Bukan untuk mendengar, tapi tolong maki hamun pulak. Apa gunanya dia dapat hidayah kalau macam tu!!!
Figura bernama Noorkumalasari, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Semenjak membuat keputusan berhijrah dengan penampilan imej berhijab, sejak itu memang jarang-jarang kita melihat kemunculan pelakon-penyanyi juga bekas supermodel ini yang menjadi kegilaan ramai ketika era 60-an hingga 90-an ni di media cetak mahupun media elektronik. 
Tapi baru-baru ada teman yang memberitahu kami yang Noorkumalasari muncul sebagai penghias muka depan sebuah majalah wanita.
Bertemu beliau di malam tayangan filem Adik Manja Return (29 Tahun Kemudian) bertempat di TGV Wangsa Walk Mall, malam tadi MD berkesempatan bertanya khabar juga perkembangan terbaru bintang yang pernah menerajui filem Adik Manja ini.

Berkongsi mengenai kehidupan kini, aktres yang mesra dengan panggilan Kak Noor ni memberitahu beliau cukup gembira dan bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang.
 
Malahan wanita yang sudah menjangkau usia 56 tahun ini meluah rasa syukurnya kepada Tuhan kerana memberikannya hidayah untuk dia berhijrah selepas 40 tahun bergelar anak seni.

"Allhamdulillah, sihat. Gembira, bahagia dan cukup selesa dengan kehidupan sekarang. Kalau dulu Kak Noor ni kejar nak buat duit saja sebab Kak Noor suka habiskan duit Kak Noor dengan membeli baju-baju. Tapi sekarang... Kak Noor kejar masjid.

"Rutin, kalau pagi selepas dua anak lelaki Kak Noor ke kolej, Kak Noor akan pergi berenang di kelab. Kemudian habiskan masa pergi mengurut di spa.
 
Bila hampir masuk waktu Zohor, Kak Noor dan suami akan ke masjid, balik masjid kami terus makan tengahari. Kami selalu makan luar sebab Kak Noor tak masak kerana suami Kak Noor kata Kak Noor ni pembersih sangat. 
Sebab kalau habis masak satu lauk, Kak Noor akan bersihkan dulu dapur lepas tu baru masak lauk lain. Jadi Kak Noor terlalu banyak habiskan masa di dapur. Nak senang, makan luar saja lah.

"Kalau ada waktu senggang pun antara lepas Zohor sementara menantikan Asar. Masuk waktu, kami akan ke masjid. Malam pun macam tu, kami dengan anak-anak ke masjid", katanya kepada malaysiandigest.com sambil tersenyum.
Categories:

1 ulasan:

  1. Dia ni tengah menggatal,x jumpa lagi tukang garu,bila dah jumpa senyap le dia.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping