Jumaat, Disember 21, 2012



Sebut nama Shakilla Koriri, pasti tak banyak yang kenal dengan pelakon ini. Hakikatnya, sudah enam tahun gadis berusia 23 tahun berkecimpung dalam lakonan namun namanya masih dalam kategori pelakon baru.

Mengakui ada segelintir pihak pernah mencadangkan padanya supaya tampil berimej seksi dan mencetuskan kontroversi untuk meraih publisiti dengan mudah.

bagaimanapun pelakon Adam Dan Hawa ni menolak 'permintaan' tersebut - tetap dengan pendirian lebih rela menapak secara perlahan.

"Memang ada yang memberi cadangan untuk mereka-reka kontroversi agar saya lebih mudah diberi perhatian. Tetapi untuk apa? Adakah kedudukan kita itu akan berkekalan selama-lamanya?

"Bagi saya biarlah lambat asalkan orang kenal kita daripada hasil kerja kita atau paling tidak, perkara-perkara positif yang ditonjolkan.

"Saya percaya, apabila orang dah mula kenal siapa saya, itu tandanya kerja kita semakin berkualiti kerana ia mula dipandang umum serta daripada golongan industri," katanya kepada portal mStar online.

Tambah Shakilla, dia gembira apabila bakatnya mula dikesan selepas lakonannya menerusi drama Adam dan Hawa yang turut menampilkan Aaron Aziz dan Nadia Nissa menjadi tumpuan umum. 

Malah pelakon kelahiran Kuala Lumpur ini turut mengikut nasihat Nadia untuk tidak terlalu terburu-buru mengejar perhatian ramai.

Dalam perkembangan lain, Shakilla bakal muncul menerusi drama Erna Shuraya bergandingan dengan pelakon Tasha Shila dan Amran Ismail yang akan disiarkan pada 1 Januari 2013 di TV2.

Ps: Kan Semut dah kata. Bukan sebab gambar tu yang penting. Tapi pengisiannya tu perlu diutamakan.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping