Khamis, Januari 24, 2013


Siapa ingat dengan mamat kat atas ni? Rasanya tentu ada dikalangan korang yang ingatkan. Mamat kat atas ni ialah seorang Yang DiPertua PAS Kawasan.

Sebelum ini kebanyakkan pemimpin PAS mendakwa duit Bantuan Rakyat 1Malaysia ni semuanya duit haram sebab ianya rasuah dari Kerajaan.

Tapi, tak disangka - sangka, pemimpin PAS Kawasan seperti mamatu tu pun terjebak jugak dalam permohonan tersebut. Jadi, macam mana pulak hukumnya?

Adakah duit yang mamat tu ambik boleh jugak dikira sebagai duit haram? Tak berdosa ke kalau duit tu diorang ambik secara terang - terangan macam ni?

SH yakin, diantara 7juta rakyat Malaysia yang buat permohonan untuk mendapatkan BR1M kali ni pun masih ada jugak pemimpin dari kalangan Pakatan tu yang mintak.

Percaya la. Tak terkecuali mamat yang dalam gambar kat atas tu. Kemungkinan besar dia diantara yang memohon untuk mendapatkan bantuan tersebut.

Mujur la Kerajaan Barisan Nasional ni tak macam Rejim Pakatan tu yek. Bagi bantuan sama rata je kepada rakyat tanpa mengira latarbelakang Politik mereka.

Kena maki hamun la macam mana sekali pun, bantuan tetap jugak sampai kepada rakyat. Dituduh dengan macam - macam tohmahan, rakyat tetap diutamakan.

Tak de la macam Rejim Pakatan Pembangkang tu. Nak hulur bantuan kepada rakyat pun pilih bulu. Kalau rakyat tu tak mengundi diorang, jangan harap la dapat bantuan. Itu pun diorang masih nak dabik dada kata diorang ni pejuang rakyat? Dasar tak sedar diri betul!!!
SUNGAI PETANI: Sebanyak tujuh juta isi rumah dan individu bujang memohon untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang pembayarannya akan dilakukan bulan depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
 
Katanya jumlah itu melibatkan 4.1 juta isi keluarga yang menerima BR1M tahun lepas dan bakinya adalah pemohon baharu yang melibatkan orang bujang kira-kira 1.7 juta selain isi keluarga yang baru memohon.
 
"Sebanyak 4.1 juta penerima BR1M tahun lepas kita bawa ke tahun ini (tanpa perlu mendaftar semula). Kita jangkakan lebih enam juta penerima BRM1 tahun ini.
 
LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) perlu mengesahkan semua pemohon baharu sebelum pembayaran dibuat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Menara Hasil Sungai Petani di Bandar Amanjaya di sini hari ini.
 
Katanya pembayaran akan dilakukan mulai 1 Februari hingga 28 Februari dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkannya pada 2 Februari.
 
"BR1M ini akan dikendalikan pejabat daerah atau pegawai pembangunan zon. Mereka akan uruskan dan memastikan penyampaian dilakukan sehingga semua yang layak menerima bayaran," katanya.
 
Ahmad Husni berkata bayaran pada bulan depan hanya dibuat kepada mereka yang mendaftar sehingga 31 Disember 2012.
 
"Kita tidak tutup lagi permohonan, kita beri masa buat permohonan. Bagi permohonan selepas 31 Disember, mereka mungkin dapat selepas Februari. Ini kerana kita perlu masa untuk proses. Polisi Perdana Menteri semua yang layak akan dapat," katanya.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Hehehehe...jiran aku pun ada sorang macam ni..kutuk BN berapi rapi..tiap2 bulan sapu pencen beribu2..tapi gi surau buat ceramah hasut rakyat bencikan kerajaaan.

    BalasPadam
  2. dasar kaum munafik mmg mcm tu

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping