Sabtu, Januari 05, 2013

Ke Mana Saja Dia Pergi, Semua Rakyat Menolak...
Itu La Nasib Si Lebai Malang!!!
Halamak!!! Ini macam tak boleh jadi ni. Macam mana benda ni boleh berlaku? Dah penat dah Si Mazlan Pemalas ni buat kerja. Takkan masih tak de hasil jugak kot.

Rasanya dah habis satu Malaysia dah dia bawak konvoi dia menaburkan fitnah dan dakwaan yang bukan - bukan terhadap Felda untuk menghasut peneroka.

Tapi, takkan la semua tu tak mendatangkan sebarang faedah lansung kot. Takkan la warga Felda masih lagi menolak puak - puak Pakatan Pembangkang tu?

Jelas, rakyat memang tidak akan menerima mana - mana parti atau organisasi yang menipu rakyat secara terang - terangan macam puak - puak Kahak Oren tu.

Orang seperti Si Mazlan Pemalas ni bukannya ada kerja lain dia nak buat. Asyik menipu rakyat je kerjanya. Tapi, nak sangat dijulang sebagai Hero Felda.

Kalau betul dia nak jadi Hero, selesaikan la dulu isu di Felda Sungai Kemahang 3 tu. Bagi duit pampasan yang dah diorang dapat sebelum ini. Yang dia nak simpan buat apa?

Duit pampasan tu sepatutnya dah lama diserahkan kepada warga peneroka yang terlibat. Tapi sampai hari ni, Si Mazlan Pemalas tu masih lagi tak melakukan tindakan tersebut.

Itu macam punya orang pun masih nak dinobatkan sebagai hero Felda ke? Masih lagi dia nak dabik dada dan mengatakan bahawa diri dia pejuang Felda? Pigidah!!! Dah dasar Pemalas tu, Pemalas la jugak!!! Tak payah la nak tunjuk Hero!!!
KOTA TINGGI 4 Jan. - Lapan ketua peneroka yang mendakwa mewakili penduduk daripada lapan tanah rancangan Felda dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sedili dekat sini semalam, menghantar memorandum kepada polis bagi melarang ceramah politik pembangkang masuk ke perkampungan mereka. 
Kesemua mereka yang datang dari Felda Gugusan Lok Heng Selatan, Felda Lok Heng Barat, Felda Lok Heng Timur , Felda Aping Barat, Felda Aping Timur, Felda Simpang Waha, Felda Bukit Waha dan Felda Easter itu menyerahkan memorandum tersebut kepada Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Che Mahazan Che Aik. 
Ketua Peneroka Felda Lok Heng Selatan, Mohammad Bakar berkata, memorandum itu adalah mewakili suara penduduk serta persatuan dalam kelapan-lapan tanah rancangan terbabit yang sebulat suara menentang kehadiran pembangkang di kampung masing-masing. 
"Keputusan itu dicapai melalui mesyuarat kampung yang diadakan sebelum ini. Selama ini kita beri peluang secukupnya kepada mereka adakan ceramah dan kini kita tidak mahu mereka datang ke kawasan kampung kami lagi. 
"Tambahan pula kita takut jika kehadiran mereka akan mencetuskan provokasi seterusnya mencetuskan suasana tidak aman," katanya ketika ditemui selepas penyerahan memorandum itu di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi di sini. 
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. oi mazlan aliman. jangan datang kat felda saya. kalau dulu masa 25 tahun lepas kau datang, bantu takpe. ini semua dah ada, ibu bapa saya dah dapat geran tanah, baru terhegeh-hegeh nak datang. kalau kau hebat sangat, buat FELDA baru.pastu takbir sendiri, barulah hebat. ini orang lain punya usaha, hang dok sibuk menyelit....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping