Selama ini, Zayn Malik dianggap sebagai anggota kumpulan One Direction yang paling 'alim'. Namun baru-baru ini, dia dikabarkan berlaku curang terhadap kekasihnya, Perrie Edwards. Penyanyi berusia 20 tahun itu didakwa tidur dengan seorang pelayan kelab malam.
Dalam laporan Digital Spy menyebut, Zayn didakwa meniduri wanita bernama Courtney Webb pada Rabu lalu. Selepas berparti di sebuah kelab malam pasangan itu dilihat ke rumah Zayn di Barnet, North London.
Wanita tersebut mengaku tidak tahu bahawa Zayn sudah mempunyai kekasih. Ketika ditemubual media, dia kelihatan sangat marah kerana merasa dipermainkan oleh Zayn.
"Dia benar-benar kurang ajar. Beraninya dia - bukan hanya pada saya, tapi juga pada Perrie? Saya bukan peminat One Direction. Saya tak mengikuti perkembangan mereka," katanya.
Sementara dalam laporan berasingan, pelayan yang juga dikenali sebagai CJ itu berkata selepas melakukan seks dengan Zayn, pemuda itu menghalaunya keluar dari rumah.
"Pada mulanya saya rasa diri saya cukup istimewa dan rela tidur bersamanya. Tetapi semuanya berubah. Selepas keluar dari bilik mandi, dia terus berkata, "ambil baju kamu, dan pergi dapatkan teksi". Dia terus membuat panggilan untuk teksi awam", ujarnya kepada The Sun.
CJ sempat merakamkan foto Zayn ketika dia sedang tidur dan menjelaskan, "Dia berlaku biadap terhadap saya, sebab tu saya ambil gambar dia sedang tidur"
Dalam laporan sama ada sumber memberitahu, "Perrie masih sayangkan Zayn. Dia tak suka memutuskan perhubungan mereka hanya kerana perkara sebegini".
Tambah sumber itu, Perrie akan memberi peluang kedua kepada Zayn. Pasangan itu telahmenjalin hubungan cinta sejak lebih setahun dan ini bukan kali pertama Zayn dikatakan curang terhadap Perrie. Hmm... - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.