Khamis, Januari 31, 2013


Main kayu tiga. Ada perempuan simpanan. Ada skandal dengan seorang artis dan paling tidak disangka dia pernah didakwa mengajak artis tersebut membuat hubungan seks. 



Itu antara gosip panas serta kontroversi yang pernah menghimpit pelakon prolifik, Fauzi Nawawi. 



Menyedari dirinya cukup sinonim dengan cerita punya hubungan dengan wanita lain, suami kepada aktres Lisdawati ini berkata dia sudah lali dengan gosip-gosip sebegitu. Malah dia mengakui merasa bangga apabila selalu dikaitkan dengan perempuan.



"Isu ada perempuan lain ni bukan baru bagi saya. Daripada sejak mula-mula kahwin sampai sekarang kami dah enam tahun jadi suami isteri. Saya dah lali. Kalau cerita bab perempuan lain, saya tak akan layan. Lisda pun dah tak nak dengar dah. 



"Saya bangga sebenarnya bila dikaitkan dengan perempuan. Iya lah dalam usia yang mencecah 40-an ni, dah ada anak-anak, ada lagi cerita-cerita saya dengan perempuan itu dan ini. 



"Terus terang, dalam Facebook saya kalau ada 100 orang, 70 daripada mereka adalah perempuan. Samalah di Twitter pun, majoritinya perempuan.



"Saya memang suka melayan peminat saya. Bagi saya mereka adalah penentu arah kerjaya saya. Anak-anak saya pun terdiri daripada empat orang perempuan. 



"Tapi saya akui bila timbul kontroversi macam tu (ada hubungan dengan perempuan lain), ia memang memalukan", kata Fauzi Nawawi kepada malaysiandigest.com.



Fauzi yang turut bersama Lisdawati ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaru barang kemas Pandora keluaran Habib Jewels sempena Hari Valentine di Ampang Point, semalam.



Ps: Ala, standard la beb kalau lelaki kena gosip dengan pompuan ni. Nak heran apa. Nama pun lelaki. 

Memang la jadi rebutan perempuan. Tapi kalau mamat kat bawah ni ye pelik sikit. Sebab dia bukan saja digosip dengan pompuan je. Dengan lelaki pun sama jugak. Pun dia tak sedar diri jugak!!! - Seterusnya...

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping