Khamis, Januari 31, 2013


Hah! Ni apa pulak cerita ni? Belum pun Si Husam tu jawab soalan berkaitan dengan dana yang dikutip dari rakyat, dah timbul isu lain pulak?

Sebelum ini, Si Husam tu terkedu apabila YAB Perdana Menteri umum Kerajaan Pusat akan bina Lebuh Raya dari Kuala Krai ke Kota Bharu.

Lepas tu Si Husam tu meroyan pulak kata kat Kota Bharu tu ada minyak yang belum dikenal pasti. Semua tu untuk memastikan yang dia tak perlu jawab isu pasal dana tu.

Apa yang pasti, rakyat perlu tau pasal dana tu sebab ianya duit rakyat. Duit yang PAS kutip dari rakyat. Maka diorang memang ada hak untuk tau mengenainya.

Rakyat perlu diberikan penjelasan, dah berapa banyak duit tu dikumpul, siapa yang simpan duit tu, apa yang diorang akan buat dengan duit tu nanti dan banyak lagi.

Sekarang, Si Husam tu terhimpit pulak dengan spekulasi kononnya ada notis yang nak semua peniaga di Pasar Siti Khadijah tu berpindah.

Notis itu berbunyi "peniaga dan penjaja Pasar Siti Khadijah dan kawasan sekitarnya hendaklah mengosongkan kawasan ini di dalam tempoh 60 hari. 
Arahan ini bagi membolehkan bangunan ini dirobohkan supaya aktiviti mencarigali minyak dapat berjalan lancar. Arahan Yang Dipertua Kota Bharu Bandar Raya Islam " didapati telah dilekatkan di beberapa lokasi di Pasar Siti Khadijah.

Notis itu dipercayai dibuat sebagai mengambil kesempatan di atas pengumuman Husam beberapa hari lalu berhubung penemuan minyak di atas daratan di beberapa buah lokasi di bandar Kota Bharu dan Tumpat.
Sementara itu, pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu - Banda Raya Islam (MPKB-BRI) telah mengadakan sidang media pagi ini memberi penjelasan dan menafikan pihaknya mengeluarkan notis tersebut. - seterusnya...
Nah!!! Tak pasal - pasal je dia kena jawab pulak isu tu. Adakah benar laporan yang dikeluarkan sebelum ini? Betul ke ada notis macam tu dikeluarkan? Kita tunggu apa jawapan Si Husam tu nanti. Jangan dia terus terkedu sudah la!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Kah kah kah!! Minyak lintah agak nya...atau minyak Tar !

    BalasPadam
  2. Pasar Siti Khadijah tu macam takde perubahan pun...20 tahun lalu...10 tahun lalu...5 tahun lalu ...2 tahun lalu...SAMA JE....

    Bangunkan PASAR tersebut agar menjadi sebuah Kompleks yang boleh memajukan lagi perniagaan orang2 Melayu Kelantan....

    Kalau Benar nak dinaik taraf....
    HARAP HARAP nanti Dah takde TIKUS BESAR2 kat situ....
    Aku pernah BATAL shopping kat situ...sebab terpandang bangkai Tikus yang Besar kat tepi tangga.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping