Isnin, Januari 28, 2013


Terlintas pulak dalam fikiran SH apabila membaca semula kenyataan Si Ketua Penipu tu berkaitan dengan isu kalimah Allah ni.

Kata dia, kenapa pulak UMNO sibuk sangat nak mengiktiraf keputusan Majlis Syura PAS sedangkan keputusan sebelum ini tak pulak diambil pusing?

Si Ketua Penipu tu merujuk kepada keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura yang mengharamkan ahli PAS mengundi UMNO dalam Pilihan Raya.

Soalnya, jika sekarang ni PKR bertegas menolak keputusan Majlis Syura berkaitan dengan isu kalimah Allah, adakah mereka jugak turut menolak keputusan sebelum ini?

Adakah PKR juga turut menolak keputusan bahawa haram hukumnya jika ahli PAS mengundi UMNO dalam Pilihan Raya?

Secara logiknya, 1 campur 1 jawapannya tetap dua. Kalau PKR tolak keputusan Majlis Syura pasal isu kalimah Allah, jadi diorang jugak tolak keputusan yang lain.

Nah!!! Kan tak pasal - pasal je kena balik pada batang hidung dia sendiri? Masih jugak dia sibuk nak menyalahkan orang lain dalam isu ni?

Masih jugak dia berkeras nak berdolak dalih mengatakan yang keputusan Majlis Syura tu tak perlu diiktraf dan hanya dianggap sebagai sampah?

Kesian betul tengok PAS. Balik - balik, diorang jugak yang dipersalahkan. Diorang jugak yang jadi kambing hitam. Tapi, apa boleh buat. Dah dasar Parti Angguk Saja. Apa orang suruh, diorang Pakat Angguk Saja la!!!
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail jelas rimas apabila diajukan persoalan mengapa PKR tidak menghormati keputusan Dewan Syura Ulama PAS bahawa bukan Muslim tidak boleh diizin menggunakan kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayu.

Lantas beliau dengan tangkas mempersoalkan mengapakah tiba-tiba pihak media berminat untuk menuruti keputusan yang dibuat oleh Dewan Tertinggi PAS itu.

"Majlis Syura Ulama PAS yang terdiri daripada 12 orang dalam pandangan-pandangan politik mereka, (juga) mengajak rakyat supaya terus kekal menyokong PAS, menolak UMNO-BN. Yang itu kenapa tak ikut?

“Jadi kita tidak boleh selektif, isu ini isu politik sahaja, isu politik Umno yang sudah semakin tersepit, itu saja," katanya.

Sehubungan itu beliau mengulangi pendirian “boss” PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat berpegang kepada penegasan yang dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan itu pada 8 Januari lalu. - SETERUSNYA...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping