Isnin, Januari 28, 2013


Hah? Tak habis lagi ke cerita pasal isu skandal tanah yang melibatkan puak - puak Parti Angguk Saja tu? Ingatkan dah senyap dah cerita tu.

Rupanya ada lagi ye? Hari tu kat Kelantan. Kali ni kat Kedah pulak. Memang pantang betul diorang ni dapat kuasa ye. Tapi bila depan rakyat, dok tuduh la orang lain buat kerja macam tu. Walhal, diorang pun sama jugak. Lagi teruk, dah buat tak nak mengaku pulak!!!

BALING  - Kerajaan Pas Kedah didakwa gagal menunaikan janji untuk memberi geran hak milik tanah kepada 119 peneroka tanah hutan di 11 buah kampung di sekitar peti undi Kampung Iboi, Kupang di sini.
Difahamkan pada 2011 dan 2012, peneroka tersebut juga membuat bayaran di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Johari Abdullah antara RM1,000 hingga RM10,000 mengikut keluasan tanah bagi tujuan mendapatkan geran, namun sehingga kini tiada maklum balas yang diterima.

Seorang peneroka terlibat, Tahak Lahmad, 70, berkata, dia mengusahakan tanah seluas 12 hektar di kawasan Kampung Iboi sejak 50 tahun dahulu dengan mengusahakan tanaman getah dan durian.

"Sejak dahulu memang tanah yang kami teroka tiada geran dan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan geran tanah ini.

"Apabila Pas berjaya mentadbir negeri ini, pemimpin mereka berjanji mahu memberi geran tanah kepada kami, namun sehingga sekarang tiada apa-apa berita mengenainya.

"Saya juga sudah bayar RM10,000 untuk urusan mendapatkan geran ini di pejabat ADUN Kupang tetapi tiada apa berlaku dan saya rasa ditipu," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin dan penasihat undang-undang Unit Media Baru Pemuda UMNO, Tun Mohd. Amar Aziz di Dewan Orang Ramai Kampung Iboi, di sini hari ini.

Seorang lagi peneroka, Leha Seman, 60 yang merupakan ibu tunggal berkata, dia juga membayar RM1,000 untuk urusan mendapatkan geran tersebut dan sehingga kini geran itu masih gagal diperoleh.

"Saya terpaksa mengeluarkan wang simpanan saya untuk mendapatkan geran tetapi sehingga sekarang tiada maklum balas diterima," katanya. 
- seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping