Ahad, Januari 27, 2013


Hai! Dah rujuk semula ke diorang ni? Hari tu bukan main lagi kata masing - masing dah berpatah arang. Sekarang apa cerita? Dengar kata cinta diorang dah kembali berputik.

Huh! Itu semua dalam filem je. Dalam dunia nyata, memang diorang ni dah berpatah arang diantara satu dengan yang lain. Takkan mungkin kembali ke pangkuan der.

Nak pulak bila Si Remy tu dikatakan dah ada pasangan lain. Lagi la diorang tak mungkin kembali bercinta. Tapi, inilah lumrah dunia. Jodoh tu tetap jugak ketentuan Allah.
PETALING JAYA: Bekas pasangan kekasih iaitu pelakon Remy Ishak dan Tiz Zaqyah bakal muncul dalam sebuah telefilem berjudul XoXo arahan pengarah Kabir Bhatia yang akan menemui penonton di TV9 menerusi slot Skrin.
Remy dan Tiz yang masing-masing memegang watak sebagai Haziq dan Aleesha digandingkan dalam drama percintaan yang penuh konflik dengan jalan penceritaan menarik.
Selain mereka berdua, XoXo turut menampilkan pelakon seperti Nadiya Nissa, Josiah Hogan dan Afida Es sebagai pendukung utama.
Drama tersebut mengisahkan mengenai hubungan cinta jarak jauh antara Haziq yang berada di London dan masih menuntut manakala Aleesha yang telah dikenali selama dua tahun melalui laman sosial Facebook berada di Malaysia dan bekerja di sebuah syarikat pengiklanan.
Kerana tidak sabar menunggu kepulangan kekasih pujaan hatinya pulang ke Malaysia, Aleesha telah pergike London untuk membuat kejutan sekaligus bertemu Haziq buat pertama kali.
Sebaik tiba di London, Aleesha hampir pitam apabila diberitahu oleh rakan serumah Haziq bernama Johan (Josiah Hogan) bahawa Haziq telah pulang ke Malaysia!
Keadaan menjadi rumit apabila dompet serta passport Aleesha tertinggal di dalam teksi yang dinaikinya dan terpaksa menumpang di rumah Johan.
Johan berjanji akan membantu Aleesha walaupun sebenarnya dia mempunyai niat lain untuk mempergunakanAleesha.
Haziq pula menghadapi dilema apabila kepulangannya ke Malaysia hanyalah untuk dijodohkan oleh pilihan neneknya.
Dia bagaimanapun menolak dan menyatakan dia akan membawa Aleesha untuk bertemu dengan neneknya.
Haziq pergi ke rumah Aleesha tanpa mengetahui yang Aleesha sudahpun berada di London sebaliknya hanya menemui Dahnia (Nadiya Nisaa), rakan serumah Aleesha yang berpewatakan pelik.
Sejak itu pertemuan itu telah menimbulkan pelbagai konflik di antara mereka.
Untuk mengetahui apa yang terjadi di antara mereka jangan lupa untuk menyaksikan XoXopada 30 Januari ini pada pukul 8.30 malam di TV9.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping