Hari ni dah masuk seminggu dah sejak YAB Perdana Menteri umum kata Kerajaan Pusat akan bina Lebuh Raya Kuala Krai ke Kota Bharu.
Tapi Si Husam ni masih jugak tak bagi penjelasan yang dituntut. Dia masih lagi nak mereka-cipta alasan - alasan yang tak masuk akal.
Termasuk la cerita pasal ada minyak dikawasan dataran dibawah tanah Kota Bharu tu sendiri. Yang herannya, cerita tu sikit pun tak dilayan dek Nik Aziz.
Sepatutnya, sebagai Menteri Besar, dia perlu jugak respon kepada perkembangan tersebut. Sekurang - kurangnya dia luahkan rasa syukur. Ini tidak. Dia buat dek je.
Nampak sangat la yang Si Nik Aziz tu pun tau bahawa Si Husam tu hanya mereka - reka cerita untuk mengelakkan diri dari menjawab soalan rakyat.
Mungkin Nik Aziz pun tau yang Si Husam ni takkan mampu nak jelaskan ke mana perginya duit derma dari rakyat untuk bina Lebuh Raya Kuala Krai ke Kota Bharu tu dan berapa banyak yang dah dikumpul. Tu pasal la dia tak layan cerita Husam!!!
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat mengambil sikap berkecuali daripada mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa yang mengesyaki bahawa terdapatnya rizab minyak dalam jumlah besar di Kota Bharu dan beberapa lokasi berhampiran di Kelantan.
Nik Aziz juga seperti sudah lali dengan cara politik Husam, masakan seorang Menteri Besar langsung tidak mengulas jika penemuan terbaru Husam itu merupakan satu perkara yang benar dan boleh dipercayai. Walaupun Nik Aziz enggan mengambil risiko pembohongan itu, namun Nik Aziz tetap bersekongkol dalam pembaziran wang rakyat.
Kelulusan untuk membazirkan wang rakyat telah diputuskan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dengan pelantikan sebuah syarikat yang akan mengkaji kemustahilan yang jelas mengenai kewujudan hasil bumi itu.
Sikap membazir wang rakyat ini bukanlah satu perkara yang luar biasa dibuat oleh pemimpin yang mementingkan publisiti politik ini, malah ia seringkali dilakukan demi kepentingan politik sempit mereka sekaligus sanggup mengabaikan kepentingan rakyat.Sebelum ini kerajaan Pas Kelantan menerusi pemimpin haprak yang sama turut mengesyaki wujudnya harta karun di Tumpat dan telah melantik syarikat bagi membuat kajian mengenai perkara itu.Apakah pelantikkan syarikat untuk mengkaji perkara yang tidak ada petanda jelas akan kewujudannya itu adalah percuma ? Jika ianya percuma, minta tolong panggil syarikat itu untuk mengkaji juga kewujudan minyak dibelakang rumah saya, kerana saya juga syak ada minyak disini.Adakah satu hal yang baik sekiranya menggunakan wang rakyat dalam mengkaji sesuatu yang tidak pasti bahkan ia lebih kepada permainan politik Pas semata-mata ?Masa pemimpin dan pegawai kerajaan terbuang sia-sia, sedangkan masih terdapat ramai lagi rakyat miskin di Kelantan yang memerlukan perhatian dari kerajaan, sampai bila politik kampung 'bodoh kering' ini hendak diamalkan oleh pimpinan Pas ? Negeri makin mundur, rakyat makin derita, yang maju dan memajukan semuanya adalah 'tauke-tauke cina'.Husam memang terkenal dengan politik 'bodoh kering' ini, masanya sebagai seorang pemimpin sering dihabiskan dengan janji-janji angan yang tidak sudah, sebut saja Husam, cuba beritahu janji dan projek apa yang sudah berjaya diusahakan oleh beliau.Dulu janji nak buat stadium di Bukit Merbau, pergi pacak batu asas lepas tu senyap, janji nak bina lebuhraya rakyat, pergi pacak batu asas dan jelajah kutip derma lepas tu senyap, setakat ni tidak ada lagi projek yang dijanjikan mampu untuk Husam tunaikan. Anda Mampu Mengubahnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.