Pelakon wanita yang semakin dikenali, Anzalna Nasir berkata dirinya sudah berasa muak untuk memegang watak sebagai wanita jahat yang dianggap semakin sinonim dengan dirinya.
Menurutnya, 2012 merupakan antara tahun yang terbaik dalam hidupnya. Ini kerana dia semakin dikenali melalui pelbagai lakonannya dan terakhir penglibatannya dalam drama Adam & Hawa.
"Saya bersyukur dengan perkembangan karier lakonan selama ini tetapi jika bleh, saya mahu melangkah ke tahun baru dengan membawakan watak yang berbeza.
"Sebelum ini saya banyak membawakan watak sebagai wanita jahat. Ia bukanlah masalah buat saya cuma kadang kala perasaan muak itu timbul kerana terlalu kerap berlakon sebegitu," katanya yang ditemui, baru-baru ini.
Pelakon yang sebelum ini pernah berkata mahu berkahwin dalam masa dua tahun lagi ini juga menegaskan watak jahat telah banyak menaikkan imej dan popularitinya sehingga dia dikenali masyarakat sebagai gadis jahat.
"Ini hanya menunjukkan lakonan yang saya berikan berkesan dan meninggalkan impak positif kepada karier. Masyarakat juga dapat menilai bahawa watak sedemikian hanyalah lakonan semata-mata.
"Tetapi ini tidak bermakna saya tidak akan membawakan watak sedemikian lagi. Cuma mungkin akan dikurangkan kerana mahu belajar membawakan pelbagai jenis watak demi kepuasan lakonan," tambah finalis Dewi Remaja 2010 ini lagi.
Ps: Ok la kalau dia dah rasa macam tu. Yang mamat kat bawah ni, bila pulak dia nak rasa muak? Dia tak sedar ke yang orang dah semakin menyampah dengan dia? Oh ye. Lupa pulak. Dia ni bukannya sedar diri!!!
salam blogger dari insan yang sederhana.
BalasPadam