Bee Ant Cronies

Berita Pahang

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Terkini Di Pahang:

DIDAKWA MABUK DAN AMBIK DADAH???


Oleh kerana mempunyai penampilan agresif dan ‘gila-gila’, satu-satunya penyanyi wanita di dalam kumpulan One Nation Emcees (ONE), Mimie dituduh berada di bawah pengaruh luar.

Malah, dia juga dituduh ‘ting-tong’ kerana berkelakuan seperti orang tidak normal dalam sebuah majlis hiburan, baru-baru ini.

Maka apabila melihat keadaan Mimie ketika itu, ramai yang membuat spekulasi yang dia mengambil alkohol, dadah’ dan macam-macam tohmahan lain.

Menjawab mengenai isu tersebut, Mimie menjelaskan dia hanya mampu tergelak dengan gosip yang timbul.

Malah, kawan-kawan yang mengenalinya juga ketawa sama apabila mendengar tuduhan itu.

“Saya normal okey! Apa yang lebih mengejutkan ada yang melabel saya dengan perkataan ‘ting tong’. Apa tu? Saya okey saja masa hal tu berlaku.

“Saya dijemput untuk buat persembahan bersama kumpulan O.N.E. Tak ada apa yang aneh pun. Jadi apa masalahnya? 

"Lagu yang kami nyanyikan lagu Anak Kampung. Semua orang tahu lagu tu lagu rancak, tak akanlah saya nak kaku di atas pentas?

“Kalau nak sentuh bab menari, saya memang agresif. Sebagaimana saya buat persembahan di mana-mana tempat lain, macam itu jugalah saya ketika di atas pentas. 

Jadi apa yang tak kenanya?,” katanya yang dipetik dari Malaysiandigest, hari ini. Tambahnya, kalau orang nak berkata pasal karekternya, dia memang seorang yang happy go lucky.

“Buat apa saya nak ‘plastik’ dan hipokrit, depan orang saya buat-buat sopan, di belakang saya jadi agresif. Itu seperti saya menipu diri sendiri.

“Tapi terus-terang, saya tak marah pun benda macam ni terjadi sebab saya tahu, bila orang tak kenal saya maka inilah jadinya,” katanya. - seterusnya...

Ps: Ala... sedangkan Si Ostazah Pening tu pun tak de ambik apa - apa jugak. Tapi dia pening semacam je. Kalah orang mabuk pulak dah dibuatnya!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Hari ni, SH nak tengok, berani ke tidak pencacai Pakatan tu letak ID diorang masa nak komen. Setakat berani letak 'Anonymous' atau 'Tanpa Nama' je, apa barang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Siapa Rajin, Duduk Atas!!!

DISCLAIMER

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai politik semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.