Halamak!!! Ini apa kes ni? Diorang yang terang - terang GAGAL menjalankan tugas sebagai pemimpin, nak hasut - hasut rakyat ni pasal apa?
Ini la yang orang kata, baling batu sembunyi tangan ni. Bila diorang sendiri kantoi dalam menjaga Kebajikan Rakyat, diorang dah tak tau nak jawab apa.
Sekarang, demi untuk menutup kemaluan diorang sendiri, maka dihasutnya pulak rakyat suruh ambik tindakan terhadap SYABAS.
Kononnya, diorang mendakwa pihak SYABAS yang menjadi punca air tak de di Selangor baru - baru ni. Atas sebab itulah diorang menghasut rakyat agar menyaman SYABAS.
Yang kelakarnya, diorang suruh rakyat saman. Yang diorang pulak setakat mampu nak jadi saksi je. Tak de ada kaitan dengan saman tu.
nanti, andaikata rakyat tu kalah dalam tuntutan saman terhadap SYABAS tu, siapa yang nak bayar pampasan? Diorang nak bayar? Jangan harap la!!! Masa tu, diorang dulu cabut lari.
Bila jadi isu macam ni, diorang mula la nak tunding jari dan menyalahkan pihak SYABAS je. Kalau macam tu, buat apa diorang dilantik jadi wakil rakyat?
Kalau dah diorang tak mampu nak buat apa - apa, baik tak payah jadi pemimpin. Buat mengabihkan beras je. Elaun nak, gaji nak, tapi kerja malas. Pemimpin menda jadahnya!!!
Yang herannya, bila isu macam ni, sibuk pulak diorang nak suruh rakyat ambik tindakan dan saman pihak tertentu. Yang rakyat saman diorang tu apa cerita?
Ada diorang ambik peduli dengan semua tuntutan tersebut? Tak de der... Sebaliknya, diorang tuduh pulak pihak yang nak saman tu bermain wayang dan sebagainya.
Tak cukup dengan itu. Diorang hina pulak rakyat yang buat tuntutan tersebut dengan membuat dakwaan kononnya rakyat tu bukan mengundi diorang pun.
Persoalannya sekarang ni, diorang diberikan kepercayaan untuk menjadi pemerintah di Selangor tu. Apa langkah - langkah penyelesaian yang dibuat untuk mengatasi masalah ni?
Setakat cakap je, baik tak payah. Bukannya boleh selesaikan apa - apa pun. Orang dah bagi macam - macam dah. Tapi, satu hapah pun diorang tak buat. Kalau setakat menipu tu, buat mengabihkan masa je!!!
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor menasihatkan pengguna di Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang yang mengalami gangguan bekalan air ekoran kerosakan di Rumah Pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru memfailkan tuntutan pampasan ke atas Syabas.Lebih 100,000 akaun pengguna dilaporkan berhadapan dengan gangguan bekalan air sejak enam hari lalu dan ia dijangka berterusan beberapa hari lagi.Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata, rakyat harus diberi penjelasan bahawa pembekalan dan penagihan air adalah tanggungjawab Syabas dan bukannya Kerajaan Negeri seperti termaktub dalam perjanjian konsesi air.
Politik adalah seni dan permainan...
BalasPadam