PETALING JAYA - Mahu kaut untung lebih jadi punca sebuah pusat hiburan di Petaling Jaya dikesan menggunakan khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO) untuk menarik pelanggan.
Namun kegiatan tidak bermoral itu ditumpaskan Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang melakukan serbuan di premis terbabit semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner, Arjunaidi Mohamed berkata, hasil risikan selama seminggu itu berjaya menahan lapan GRO Kemboja, Flipina dan Vietnam.
“Ketika serbuan dilakukan kebanyakan pengunjung leka dilayan GRO terbabit dan siasatan mendapati ke semua wanita itu dihantar oleh ejen,” katanya.
Katanya, bayaran tips dikenakan bergantung kepada jumlah minuman keras yang dibeli.
Katanya, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 iaitu kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial dan Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1963 iaitu kesalahan mengambil atau menggaji warga asing yang tidak memiliki pas yang sah.
Ps: Kalau bab - bab perangai tak bermoral ni, memang suka sangat dek puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Sebab itu la diorang pilih Si Ketua penipu tu jadi ketua diorang!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.